:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, May 17, 2013

Anda bukan gagal tetapi belum berjaya…




Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.
Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?
Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.
 

Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.
Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:
“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.
Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.
Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.
Wallahualam….
Source: akramkaichou

Tuesday, May 14, 2013

Cara Menangani Kesilapan




Semua manusia pernah berbuat silap. Adakah anda takut melakukan kesilapan? Adakah anda tahu bagaimana untuk menangani dan belajar daripada kesilapan? Sering mengulangi kesilapan yang sama? Benci kesilapan dan tidak dapat apa-apa daripada kesilapan?

Usah "bazirkan" hidup anda dengan melakukan kesilapan, tanpa mendapat sesuatu. Pelajarilah bagaimana untuk menangani dan mengurus kesilapan. Lebih daripada itu, anda boleh belajar daripada kesilapan anda! Tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda :

Terima Kesilapan Yang Anda Lakukan
Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Tapi jangan biarkan kesedihan itu 'memerangkap' hidup anda. Terima ia sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.

Akui Hakikat BahawaKesilapan Adalah Sebahagian daripada Fitrah Kehidupan
Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali ke dua.

Hanya Lembah Yang Rendah Mampu Menadah
Air hanya pergi dan berkumpul di tanah yang rendah. Jika anda asyik meninggikan diri sendiri, maka alamat susah untuk menadah ilmu. Oleh itu, dalam banyak hal, anda perlu merendahkan diri dengan orang lain supaya boleh 'menadah' ilmu yang 'mencurah-curah' dari orang di sekeliling anda. Barulah anda boleh betul-betul belajar daripada kesilapan yang berlaku.

Sedia Untuk Meminta Maaf
Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana ' kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.

Jika Ia Kesilapan Peribadi Anda; Rahsiakannya
Ada kesilapan yang tidak melibatkan orang lain. Jika ini berlaku, simpanlah ianya sebagai satu rahsia hidup anda. Tiada guna anda membuka pekung di dada. Analisalah segera kesilapan itu dan lakukan usaha pembaikan demi perubahan.

Jika Ia Melibatkan Orang Lain?
Berterus terang dengannya, janjikan bahawa anda akan berusaha untuk memperbaiki kesulitan yang wujud kerana kecuaian anda. Setelah berusaha, terangkanlah apa yang anda telah lakukan dan sejauh manakah kerberkesanannya.

Belajarlah Daripada Kesilapan, Elak Daripada Berulang.
Renungkan apa sebenarnya apa yang telah berlaku. Apakah faktor-faktor sehingga berlakunya kegagalan itu. Kemudian, cari jalan untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berulang kembali. Jika masih berlaku; mintalah bantuan mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada anda. Terangkan kepadanya tentang masalah yang dihadapi secara terperinci. Bahkan kadangkala anda akan dapat mencari penyelesaian ketika anda sedang menerangkan kepadanya!

Jika Ada Kesilapan Yang Memalukan Majikan, Tangani Dengan Segera
Pergilah berjumpa majikan anda secepat mungkin, jelaskan kepadanya apa yang berlaku. Jika tidak, jangan terkejut jika majikan sendiri yang akan mencari anda, atau menyiasat kejadaian hingga ke akar umbi. Lebih teruk lagi, kalau majikan mendengar dan terpengaruh dengan gossip daripada orang lain. Bukankah ini semua akan 'mengucar-ngacirkan' hidup anda?

Jika Anda Tidak Dapat Memperbaiki Kesilapan Itu, Minta Bantuan
Tanyalah rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang tersebut. Bincangkan dengan dia, apakah tindakan yang anda telah lakukan, dan kenapa masih tidak berjaya. Kemahiran memujuk dan mendorong sangat penting dalam proses ini.


Friday, July 6, 2012

Dari Suami Untuk Suami


Soalan : Kenapa timbul 'Cinta' terlarang?
Jawapan : Kerana isteri kurang berdandan.

Soalan : Kenapa isteri tidak berdandan?
Jawapan : Suami tidak sediakan wang untuk berdandan.

Soalan : Kenapa isteri selalu dengan baju kupu-kupu dan kain batik?
Jawapan : Suami tidak sediakan wang untuk membeli baju setiap 3/6 bulan.

Seringkali kesalahan cinta terlarang  timbul, isteri dipersalahkan :

Isteri tidak pandai pikat suami
Isteri kurang menghias diri
Isteri tidak berdandan rapi
Isteri sibuk dengan kerja sendiri..


Apakah suami sudah cukup memberi?
Apakah suami sudah cukup memerhati?
Apa pula sumbangan suami kepada isteri dan rumahtangga sendiri?
Apakah masa dan wang ringgit diperhati?

"Kaum Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"..
Wahai Para Suami... .

 Pimpinlah isterimu dengan tulus dan ikhlas.

 Didiklah isterimu dengan kasih dan sayang.

 Jangan hanya memandang kerja pejabatmu dari jam 8-5 petang, tetapi perhatikan isterimu yang kerja tidak tahu mana pagi dan mana petang.

 Bezakan kekuatan tubuhmu dan isterimu dalam menjalankan tugas harian.

 Gunakan kebijaksanaan dengan 9 akal yang Allah kurniakan dibandingkan dengan wanita hanya satu akal.

 Sedangkan mesin pun rosak, inikan pula tubuh halus seorang wanita.

 Sediakan wang untuk ubat-ubatan yang diperlukan.

 Jangan hanya cari silap dan salah isteri.

 Berilah perhatian, berilah masa, berilah ruang, berilah peluang.

 Wanita kalau sudah bernikah, itulah syurga yang perlu dijaga..

renung renungkanlah wahai suami... .


Artikel ini dikongsi oleh

Thursday, July 5, 2012

Bila Anda Pernah Keseorangan....

Artikel ini dikongsi oleh



Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan roh dan hati.


Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.


"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari seksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)


"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram". (Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Friday, June 22, 2012

Alasan Kebiasaan Si Pelaku Dedah Aurat



Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
---------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]