:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, June 18, 2012

Senyum...... tak perlu kata apa-apa.




SENYUM adalah bahasa dunia. 
Ia menunjukkan keceriaan. 

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna. 

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM. 

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda 
menyukai seseorang. 

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah. 

SENYUM adalah jambatan persahabatan. 

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan. 

Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk 
SENYUM. 

SENYUM harus ada ketululusan. 

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut. 

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya 
menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. 
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. 
Bayangkanlah ! 

Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. 

Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita. 

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. 
Lantas ... kenapa kita tidak 
muliakan ? Muliakan dengan diri kita. 



SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. 
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu. 

Alangkah mudahnya membina rangkaian 
persahabatan... ... .. Willian Shakespere 
mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang" 

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. 
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan. 

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. 
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat? 

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak. 
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya 

so senyum le selalu dgn ikhlas jgn muke cam tempoyak basi.. 

Tapi awas!!!jgn menyalah gunakan SENYUMan...


Artikel ini dikongsi oleh

Friday, June 15, 2012

Internet. Apakah Kebaikannya?..

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti EURO2012 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :


Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai teleperubatan. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.


Artikel ini dikongsi oleh

'YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN''?



Manusia mudah alpa. Lumrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Manusia hanya tahu meminta-minta, tapi tak semua manusia tahu menghargai apa yang dimiliki. Mudahnya seorang manusia menuntut yang bukan haknya, tapi bila dah menjadi hak, mudah juga manusia sia-siakan saja. Apa yang ada di depan mata, tak pernah ditilik dengan sempurna. Yang jauh nun di sana sanggup pula diteropong untuk dikejar. Apa mentaliti manusia begini?

Bila kamu terasa tidak dihargai, fikirkan sejenak, adakah kamu tahu menghargai dan pernah menghargai? Apakah wajar kamu rasa begini? Dunia ini penuh dengan karma. Kamu akan terkena. Roda berputar, gasing berputar, dunia berputar. Hidup kamu tak sentiasa di atas. Adakala kamu jatuh tersungkur, di saat kamu jatuh baru kamu sedar di depan kamu itu ada suka duka yang tak akan luput dari hidup kamu.

Hargailah apa yang kamu miliki. Adakala kita mengharap sesuatu yang sempurna, tapi mana mungkin ada yang sempurna. Semua pasti ada cacat cela. Semua manusia pernah ada dosa. Terimalah apa yang DIA anugerahkan untuk kamu dengan setulusnya. Jangan bertanya kenapa aku tak pernah dapat yang terbaik, tapi tanya diri kamu adakah kamu sudah jadi yang terbaik?

Untuk menyedari di depan mata itu, kamu perlu bersyukur. Mensyukuri apa yang kamu miliki.. Kamu harus tahu menghargai. Kamu harus bisa berpuas hati. Jangan tangisi andai yang di depan mata itu dibawa pergi. Jangan kecewa andai di depan mata itu ditarik kembali. Jangan menyesal andai yang di depan mata itu tiada lagi.

Saat kamu mampu melihat di depan kamu lagi, hargainya sebaik mungkin. Bila dia bukan milik kamu lagi, kamu tak berhak untuk mendapatkannya kembali. Percaya lah, menyesal seumur hidup pun takkan bisa membawa ia datang pada kamu semula.

Hargai ibubapa kamu selagi mereka masih hidup, selagi kamu masih mampu mengucup tangan mereka memohon ampun. Mensyukuri anugerah Allah, punya ibubapa seperti mereka dalam hidup kamu. Detik tapak kaki kamu sebesar dua jari, hingga sehebat ini kamu jadi, mereka yang sentiasa DI DEPAN MATA kamu. Jangan tunggu hingga Allah mengambil mereka dari kamu, saat itu baru kamu sedar yang DI DEPAN MATA itu, tak pernah kamu mensyukuri dan menghargai.

Hargai saudara-saudara kamu. Abang, kakak, adik, mereka darah daging kamu. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. Sehebat mana bergolak tali arus kasih, takkan ia terputus dilanda ombak. DI DEPAN MATA kamu, mereka membesar bersama-sama kamu. Makan seperiuk, tinggal serumah, seibu sebapa. Mana mungkin wujud erti KELUARGA tanpa mereka? Cintai saudara-saudara kamu. Jangan menyesal saat saudara-saudara kamu tiada lagiDI DEPAN MATA, disisi kamu atas nama KELUARGA.

Hargai pasangan kamu selagi mereka ada bersama kamu. Jangan dikejar yang cantik rupawan tapi hitam hatinya, jangan dicari macho tampan tapi curang hatinya, jangan dibangga hartawan jutaan andai gelap hidupnya. Biarlah yang DI DEPAN MATA itu sedang-sedang saja, biarlah dia kerdil di mata manusia luar sana, asalkan dia hebat di mata kamu. Saat kamu kehilangannya, baru kamu akan sedar di mana kelebihannya. Jangan sampai kamu rasa begitu.

Hargai sahabat-sahabatmu saat mereka disisi kamu. Mereka bisa mewarnai hidupmu, mereka bisa mencorak dirimu. Mereka tempat kamu berkongsi, mereka tempat kamu tumpang menangis, ketawa, bahagia, suka dan duka. Mengapa perlu kamu lupa pada mereka di saat kamu tinggi duduknya? Disaat kamu punya sahabat ternama? Hargai mereka, sebelum mereka pergi meninggalkan kamu sepi.. Tiada lagi gelak ketawa air mata bersama. Jangan menyesal pabila kamu melihat sahabat-sahabatmu ketawa bahagia tanpa kamu. Sahabat-sahabat DI DEPAN MATAtetap sahabat selamanya. Biar bertambah sahabatmu, namun jangan pernah terkurang walau satu.

MATAitu anugerah Allah untuk melihat.MATA HITAM, MATA HATI, MATA MINDA. DI DEPAN MATA kamu, bukalah matamu seluas-luasnya, lihatlah dan sedarlah apa yang telah kamu miliki. Hargai setiap satu yang ada. Sayangi segala DI DEPAN MATA kamu, ucapkan syukur atas setiap yang kamu miliki. Kerana apa yang kamu miliki adalah sezarah kecil yang Allah kongsi bersama kamu, sesungguhnya DIA lah yang memiliki segala-galanya dengan hakiki.


Wednesday, June 6, 2012

Perkara Yang Melemahkan Ingatan


Berikut ini disenaraikan perkara-perkara yang membuat ingatan kita menjadi lemah dan menumpulkan minda. Maklumat ini saya dapat hasil daripada pembacaan artikel2 tentang kesihatan.


Saranan-saranan yang boleh diamalkan ;
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ;
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulaman
  • Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

sumber :  ayu_84gurlz

Mengapa Perlu Berdoa

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Mengapa Perlu Berdoa?
 
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.

Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.
 
Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Kalian semua,
 
Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.

Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.

Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,

Kalian yang dihormati,
 
Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.
Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.