Bateri kering pula bukanlah bermaksud tiada air bateri, ada juga cuma pemandu tak perlu risau sekiranya terlupa memeriksa bateri. Bateri jenis ini disebut juga maintenance free battery.
Adakalanya bateri kereta menghasilkan deposit berwarna putih pada terminal positif atau negatif. Cara membuang deposit inisecara efektif adalah dengan curahkan air panas pada terminal yang menghadapi masalah ini.
Bateri kereta yang sudah lemah dan tidak berupaya menghidupkan enjin memerlukan bantuan dari bateri lain atau kereta lain untuk menghidupkan enjin. Proses ini dinamakan jump start, penulis belum berjumpa lagi terma dalam bahasa melayu yang sesuai digunakan untuk proses ini. Bagi kereta yang memberi bantuan jump start ini perlu mengambil langkah berikut; enjin hendaklah dihidupkan sebelum kabel jump start dipasangkan ke kereta yang mengalami masalah bateri lemah tadi. Biarkan enjin kereta pembantu dalam keadaan idle dan jagan dipijak pedal minyak supaya tenaga yang disalurkan adalah lebih stabil.sumber : blogkereta.com