Menjadi seorang ibu & isteri memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun setiap pengorbanan pastinya ada ganjaran yang diberi. Yang penting kita tulus & ikhlas melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu & isteri.
Berikut ganjaran pengorbanan isteri & ibu sebagai renungan bersama, semua ini adalah ganjaran oleh Allah s.w.t bagi yang ikhlas melaksanakannya dengan hati terbuka.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
* PAHALA WANITA BERSALIN
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
* PAHALA MEMELIHARA ANAK
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
* GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
* GANJARAN WANITA SOLEHAH
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
* GANJARAN MENTAATI SUAMI
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.
* KELEBIHAN SEORANG IBU
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Lakukan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri & ibu sebaiknya & ikhlas keran Allah s.w.t. Mudahan kita semuanya dilindungi dari perkara tidak diingini.
sumber: blog bicara cinta