Bagi kereta baru mungkin tidak begitu kritikal tapi ada baik juga kita tahu perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan enjin kereta.
Enjin adalah sistem utama sesebuah kereta. Ia memainkan peranan menukar kuasa haba kepada kuasa mekanikal untuk menggerakkan kereta. Terdapat beberapa subsistem yang menyokong sistem enjin seperti sistem penyejukan (cooling), pelinciran (lubrication), bahan api (fuel), nyalaan (ignition), mekanisma injap (valve mechanisme) dan pemula (starter).
Sebagai pemandu biasa anda pasti tidak dapat untuk melakukan kerja selenggaraan diatas. Kerana itu perlu dilakukan di pusat servis. Tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah mengenal pasti dan membuat pemeriksaan sendiri sebelum ke pusat servis dan mematuhi jadual servis berkala yang dibekalkan oleh pengeluar kereta.
Beberapa perkara yang anda boleh beri perhatian adalah seperti berikut:
Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian
Menukar minyak enjin kereta
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut

Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.
Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terlalu bising. Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang baru
4. Setelah perkakas yang dipacu berubah dari kedudukan asal

sumber dari blogkereta.com