:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, April 17, 2012

Pemikiran Yang Ceria Pagi Ini



Pemikiran yang ceria di pagi hari menjadikan keseluruhan hari kita jadi ceria,..
pemikiran yang ceria menjadikan diri sangat positif dan produktif. bagaimana mahu bangun dengan ceria setiap hari? pertamanya , dengan berniat untuk ceria sebelum tidur. Tidur yang dalam keadaan berwudhu’ dan berniat untuk tidur adalah tidur terbaik berbanding dengan tidur yang tidak disengajakan terutamanya jika tidur ketika menonton televisyen. Tidur begitu, tatkala otak sedang memproses apa yang ditonton sebenarnya tidur yang tidak membantu kerehatan tubuh sebaliknya sangat meletihkan dan diri boleh bangun dalam keadaan yang sangat negatif. Fikiran yang negatif pula menjadikan keseluruhan hari dilalui dengan keadaan tak tentu hala dan berserabut. emosi menjadi negatif dan diri langsung tidak produktif. Sekiranya berterusan berkeadaan begini, maka diri akan menjadi tidak bersemangat, negatif dan sel-sel tubuh menua dengan pantas.

keduanya untuk mendapatkan hari yang ceria ialah berniat atau betulkan kembali niat ketika bangun dari tidur. setelah membaca doa kesyukuran tatkala membuka kembali mata, maka muhasabah apa yang ada dalam hati,. betulkan serta merta sekiranay apa yang ada dalam hati negatif,.. berniat kembali untuk menjadi positif dan ceria.senyum selebarnya dan bayangkan dalam minda yang anda akan lalui hari itu dengan ceria sekali,..nampakkan dengan jelas dalam minda, yang diri anda sedang tersenyum tatkala mandi, memakai baju, bersarapan, memasuki kereta untuk ke tempat kerja, sepanjang perjalanana ke tempat kerja dan seterusnya sehinggalah habis rutin harian anda,.. bayangkan juga dalam minda anda yang anda sedang tersenyum dan rasakan dalam diri yang and rasa hebat dan ceria ketika berbual dengan pasangan dan anak-anak sebelum ke tempat kerja dan nampakkan juga dengan jelas dalam minda anda, diri anda sedang berbual atau bercakap dengan bos atau rakan sepejabat anda dan bayangkan perasaan anda rasa sangat hebat ketika itu.


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini