Selain cermin mati di rumah
kita, lita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita,
utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg kita yakini, yang boleh
memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak
sebenarnya.
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg
sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi
lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang
handsome itu, bolehkah cermin mati baritahu kita? Jawapannya tidak.
Seba
itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang
kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat
terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat
kita dan macam-macam lagi.
Kita perlukan seseorang yang selesa
membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa
takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup
kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan
kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri
kita.