:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Showing posts with label Ketawa Penawar Duka. Show all posts
Showing posts with label Ketawa Penawar Duka. Show all posts

Friday, October 21, 2011

kisah lucu

Artikel ini dikongsi oleh

Ketua mekanik: Awak dipecat.
Mekanik: Tapi encik, saya tak buat apa-apa, kenapa saya dipecat?
Ketua Mekanik: Saya tahu..sebab itulah awak dipecat.

Cerita Lucu Kolam Renang

Ganesan ditegur oleh pengawal keselamatan di kolam renang awam.
"Hey, awak tidak boleh kencing dalam kolam."
"Tapi semua orang kencing dalam kolam,"balas Ganesan.
"Mungkin, tapi bukan dari papan anjal tu,"balas pengawal keselamatan.

Kisah Malam Jumaat

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar... pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.

Kisah Mumia

Dua orang pelajar yang sedang melawat muzium terpandang sebuah mumia yang dibawa khas dari Mesir.
Pada kaki mumia itu tercatat nombor 225 BC...

Murid 1: 225 BC itu apa maksudnya?

Murid 2: Entah! Aku agaklahkan..225 BC tu nombor kenderaan yang melanggarnya sampai mati...

Murid 1: Ooooo!!!

Cerita Seorang Gadis

Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang.KLINGG!! Duit RM1 demasukkan dan mesin komputer pun menjawab quot;47kg
Gadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.
Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbang dirinya di mesin itu. KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, "Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!"

Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.
Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir: Emmm... Empat kut?

Thursday, October 20, 2011

Kisah Cite Encik daud

Artikel ini dikongsi oleh

Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.

Usup : Ai Daud kenapa dengan ko ni?muke sedih jer.

Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung

Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.

Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud.

Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.

Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.

Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?

Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.

Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.

Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.

Usop : Haaa kena tendang lagi??

Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.

Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?

Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.

Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?

Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni.

Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?

Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu.Tiba-tiba je seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang.Bile seluar aku terlondeh je, bini aku datang.Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.

Wednesday, October 19, 2011

Panggilan sayang untuk isteri

Artikel ini dikongsi oleh

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah,memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kautetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."




Tuesday, October 18, 2011

Terlalu Banyak

Artikel ini dikongsi oleh


4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkan rokok..

Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika"...

Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why?".

Si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka tadi..

Belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia"... .

#hhaaAhahaha#

Siapa yang Pekak?

Artikel ini dikongsi oleh

Ajoi pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat kamu macam nie..Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu
berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Ajoi pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Ayang, kita makan ape malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, Ajoi berdiri ditepi isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"DA 4 KALI AKU KATE, KARI KAMBING!!!!"


kih..kih..kih..

Rilek kan Jiwa

Artikel ini dikongsi oleh



Entri kali ni agak berbeza dr sebelumnya.. kita lari skit dari topik serius dan cinta Orang Kata ketawa tu penawar duka, apa kata kita baca plk cerita yg agak lucu ni plk. mana tau ia akan menceriakan pagi kita.. hehe


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"