:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, December 30, 2011

4 perkara yang anda tidak perlu katakan kepada bakal pengantin perempuan


http://4.bp.blogspot.com/_kXWrsVtmw0A/S9wQVOw9hFI/AAAAAAAAF7k/TXgDJ6zb7p4/s1600/pengantin-11.jpg


Mengapa pengantin perempuan? sudah semestinya perempuan lebih emosional berbanding lelaki. Dikhuatiri apa yang anda nyatakan akan mempengaruhi hari-hari bahagia mereka. Perkahwinan adalah hari yang dinantikan-nantikan oleh semua orang. Janganlah disebabkan kata-kata anda akan menghancurkan sesebuah kebahagiaan.
Membandingkan perancangan yang telah mereka lakukan- Sekiranya bakal pengantin perempuan hanya melakukan perancangan perkahwinan yang ringkas, anda janganlah membandingkan dengan perkahwinan yang lebih mewah. 


Mungkin atas faktor kewangan mereka tidak mampu untuk merancang perkahwinan yang lebih baik. Mereka hanya melakukan sekadar yang termampu sahaja. Sebaiknya, anda harus memberi sokongan terhadap apa yang mereka cuba lakukan.



Mengapa anda tidak dijemput- Sekiranya anda tidak dijemput, anda janganlah berkecil hati. Untuk menguruskan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Berkemungkinan mereka terlepas pandang nama anda daripada senarai yang telah dibuat. Tidak perlu untuk anda mendapatkan penjelasan daripada mereka mengapa anda tidak dijemput. Anda seharusnya lebih faham situasi mereka.

Apa-apa perkara mengenai perceraian- Mungkin ketika itu anda sedang mengalami masalah rumahtangga yang akan melibatkan perceraian. Tidak perlulah anda meluahkan masalah anda itu kepada bakal pengantin perempuan. Kerana ia berkemungkinan akan mempengaruhi pemikiran mereka.


Bertanya mengenai keluarga- Ianya terlalu awal untuk anda bertanyakan mengenai keluarga kepada bakal pengantin perempuan. Biarlah mereka fokuskan terhadap pengurusan perkahwinan terlebih dahulu daripada memikirkan pelbagai persoalan yang lain.


Sumber:top5
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini