:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, December 27, 2011

Bila Nak Kawin?

Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah masa yang sesuai untuk dia berfikir tentang kawin. Jawab saya; bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.

.


Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan kos pengajian kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka tangguhkan dulu untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi minat dan kesukaan mereka; tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk meringankan bebanan ibu ayah mereka .... mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi; "Kalau kawinpun, bahagianya hanya sekejap saja." Rumahtangga bukan senda gurau; tanggungjawab kita bertambah, amanah kita semakin berat bahkan bermacam-macam ujian yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka anda sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun umur anda masih terlalu muda.

Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda. Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.

Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula.... bukankah hidup ini merupakan ujian.

Sebut tentang kawin ini; ada 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa:

  • Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
    • Aurat; masa tulah nak dedah semuanya
      • Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)

      Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya

      sumber dari Abu Umar 
      0 Comments
      Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini