:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, October 5, 2011

~ Aku Sedang Berperang ~


Untuk berperang kita tak perlu menjadi seorang tentera. Untuk berperang kita tak perlu menghunuskan senjata. Untuk berperang kita perlukan strategi,kita perlukan motivasi, kita perlukan solusi, kita perlukan ilmu dan kita juga perlukan bantuan.... semangat.....harapan...

Ya.. sudah tibalah masanya ake berperang. Peperangan yang paling hebat. Peperangan yang tiada titik noktahnya.. peperangan yang mungkin ramai tidak menyedarinya.. atau mungkin peperangan itu sudah dilupakan..  Peperangan itu adalah peperangan menentang hawa nafsu, Musuh nya adalah aku.


Ya Allah, Ya tuhanku. Berikanlah aku kekuatan.. berikanlah aku pertolongan.. tunjukkan lah pada ku jalan yang benar.. Mengharapkan doa sahaja tidak mencukupi.. aku perlu berusaha.. agar kejayaan dapat diperolehi.. agar hidupku tidak sia-sia lagi.. agar hidupku penuh bermakna...

Moga tidak terlambat untuk aku mengatur langkah, menyusun gerak. Cuma yang ku pinta, aku perlukan sokongan kamu.. aku perlukan bimbingan kamu.. aku perlukan bantuan kamu.. aku perlukan semangat dari insan yang bergelar sahabat.. insan yang aku kasihi.. Insan disekelilingku..

Yang pasti,  aku harus menang dalam peperangan ini..
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini