:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 5, 2012

" Belanja Ikut Mata, Kita Mati "



Bila masuk gaji, pada awalnya kita gembira, ceria dan gelak ketawa, masuk pertengahan bulan kita mula keluh kesah dan gelisah sentiasa. Bila penghujung bulan, jiwa kita mula merana dan banyak termenung. Selagi kita belanja kan gaji kita “ikut mata” bukan ikut akal, selagi itu hidup kita akan sentiasa susah sehinggalah kita pencen atau dipencenkan.
 Apa yang pasti ibu segala hutang, bapa segala masalah, ialah kad kredit. Golongan muda dan orang lama ramai yang terperangkap dengan budaya kad kredit ini. Lantaran itu, ramai yang muda-muda sudah dapat anugerah ‘muflis’.
Oleh sebab itu, hidup dalam era maklumat di hujung jari ini, kita kena bijak merancang perbelanjaan dan kewangan kita. Kita kena banyakkan wang masuk daripada wang keluar. Cara mana hendak dapat wang masuk itu, terpulanglah kepada kreativiti seseorang asalkan mengikut undang2 dunia dan akhirat.
Dalam kita mengharapkan Budjet 2012 yang akan dibentang diParlimen pada petang Jumaat depan, lebih banyak ‘durian runtuh’ dan ‘kejutan’, kita janganlah pula terlepas pandang untuk membuat budjet sendiri.
Apakah bajet 2012 kita menyusahkan diri sendiri dan keluarga? Adakah bajet kita penuh dengan membayar hutang dan membuat hutang baru. Atau bajet kita penuh dengan ‘kejutan’ buat keluarga kita. Misalnya kita sudah merancang pada tahun 2012 untuk melancong ke Eropah bersama seisi rumah.
Pada mereka yang tidak pernah buat bajet sendiri, eloklah belajar-belajar buat bajet. Kita pun tahu tahun 2012 tahun yang mencabar dengan keadaan ekonomi global suram dan sejuk. Hendaknya ekonomi negara dan ekonomi kita sendiri tidak sesuram ekonomi global...

Sumber dari Kosmo ruangan Semasa bertarikh 2/10/2011
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini