:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, February 2, 2012

Berterima Kasihlah Pada Musuh

Artikel ini dikongsi oleh



Assalamualaikum.

Pernah takterlintas kat hati atau kepala kamu nak ucapkan terima kasih pada orang-orang yang telah menyakiti kamu lantaran menjadikan mereka tergolong dalam kelompok yang kamu gelarkan "musuh"?

Kalau mengikut kewarasan akal, semestinya tak mungkin kan?
Ye lah. dah banyak perit yang kita tanggung hanya disebabkan mulut dan perbuatan mereka-mereka yang tak habis-habis nak menyakitkan hati kita.

Tapi..

Cuba buang sekejap perasaan sakit hati kamu tu, ego yang menggunung macam langit dan fikir apa yang bakal kamu baca di bawah ni..

Abu Al-Tayib pernahberkata :
" Betapa permusuhan orang lain yang memberikan manfaat kepadamu, dan betapa persahabatan yang memberikan bahaya yang menyakitkan kepadamu
Sebenarnya, tanpa kita sedar kita sepatutnya mengucapkan terima kasih pada seorang musuh berbanding seorang teman. Hah ? Mushkil kenapa perlu begitu ?

Nak tahu kenapa ?

Musuh-musuh ni sebenarnya adalah orang yang telah membuka kesalahan kita sehingga kita dapat memperbaikinya. Dia telah memberitahu kekurangan dan keaiban kita sehingga timbul dalam hati kita untuk menjauhi apa yang diperkatakannya. Dia juga telah menunjukkan kepada kita titik kelemahan sehingga kita sedaya upaya ingin cuba menperbaikinya agar tidak terus diperkatakan.

Musuh-musuh ini jugalah yang telah menyedarkan kita terhadap diri kita sendiri dari terus terpedaya terhadap pujian teman-teman dan orang yangmencintai kita.

Manusia lupa. Kadang-kadang dek kerana asyik mendengar pujian teman-teman dan orang-orang yang mencintainya, mereka hanyut tanpa menyedari itu hanyalah pujian palsu semata-mata. Pujian yang dilemparkan hanya untuk meyedapkan hati kita dan membuatkan kita tersenyum apabila mengenangkannya.Sebenarnya, pujian "menjaga hati" itulah yangmembuatkan kita berasa angkuh dan sombong!

Musuh-musuh telah mengajar kita apa itu erti persaingan sehingga kita tergerak untuk bersaing bagi mendapatkan apa yang terbaik dalam perjalanan kita yang digelar "kehidupan". Dia telah membersihkan debu-debu dan hama kemalasan dalam diri sehingga kita lupa akan erti kelemahan yang selama ini bermaharajalela dalam diri kita sendiri.

Musuh-musuh juga yang telah menguatkan diri kita agar berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan-ucapan. Dia yang telah menyedarkan kita dari kelalaian dan berhati-hati dengan kesalahan kita dengan pengawasan mereka sehingga kita selalu dalam keadaan siap untuk bersaing untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan.

Sekarang, apa yang ada di benak fikiran kamu? Sudah mula berfikir mengenai apa yang diperkatakan mengenai "kebaikan" musuh-musuh kamu bukan?

Terkadang, musuh adalah lebih bermanfaat dari teman-teman. Pujian dari teman-teman dapat memperdayakan dan sanjungan darikawan-kawan dapat menenggelamkan kita. Kekagumanorang-orang yang mencintai kita pula dapat membuatkan kita mabuk.

Namun..

Kritikan musuh bagaikan aliran air di dalam tubuh kita yangmembersihkan benih-benih kelemahan yang ada.Menjadikan kita kental melalui hari esok dan mendatang. Membuatkan mata dan hati kita terbuka luas menangani segala kesulitan yang ada. Dan, menjadikan kita seorang yang sentiasa mengingati Yang Maha Esa untuk memohon pertolongan dan kekuatan.

Jika demikian, bukankah kita patut berterima kasih pada insan yang kita gelarkan "musuh" itu ?

Kerana,disebabkan mereka-mereka itulah kita berada di sini sekarang !Berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kitasekali gus cuba mengatasi kelemahan yang ada dalam diri.



oleh Ida_Azhari
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini