:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 26, 2012

Cinta.... Love...

Artikel ini dikongsi oleh




Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna·Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.

·Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.
·Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.


·Kekuatan cinta adalah kunci kebahagiaan yang abadi. Kesuciaannya tidak akan luntur walau dugaan datang melanda sekalipun. Ia amat bermakna terhadap insan yang arif serta mendalami erti cinta yang luhur dan murni.
·Adakalnya cinta berputik dalam suasana yang damai dan harmoni. Adakalnya pula ia hadir tatkala dua insan sering ditimpa badai gelora. Hakikatnya cinta itu tetap sama. Pengertiaanya begitu suci dan murni. Hidup tanpa cinta tiada maknanya bagi seseorang insan. Lahirkan cinta dihati insan membuatkan jiwa insan bermandikan cahaya kegembiraan.


·Cinta, nafsu dan dendam ibarat minyak dan api. Jika dicampur adukkan, derita, musnah dan maut adalah padahnya. Kejujuran dan kesetiaan jika diadun, kebahagiaan adalah penawarnya.
·Kebahagiaan berumah tangga tidak dapat dijamin dengan harta dan kekayaan. Tapi cinta, kesetiaan dan kasih sayang yang berlanjutan adalah pokok pangkal dari kebahagiaan sebuah perkahwinan yang teguh.


·Cinta dan air mata bagaikan kata-kata yang tidak boleh dipisahkan. Ia bagaikan satu sinonim yang cukup akrab sekali dalam dunia percintaan. Air mata gembira membawa kebahagiaan dalam diri. Air mata kecewa pula menarik diri dalam kancah penderitaan.
·Masa adalah musuh percintaan yang abadi dan perampas cinta yang memendekkan perjalan indah milik insan. Namun izinkanlah masa berlalu kerana hanya masa sahaja yang mampu menakluki cinta yang semakin berlari.


·Cinta tidak seharusnya diukur melalui masa, tetapi saat-saat bahagia, gelak tawa dan titisan air mata yang menyalutinya.
·Gerak laku member pengertiaan kepada perasaan yang tidak mungkin dapat diucap oleh kata-kata manis. Hanya pengakuan ikhlas dan jujur sahaja yang membawa pengertian abadi.
·Ketabahan dan kesabaran dalam menempuh dunia percintaan akan berakhir dengan kebahagiaan. Kebenaran terletak di tangan insan yang begitu ikhlas dan jujur terhadap cinta yang suci. Dan bahagia itu hadiah istimewa untuk insan yang jujur terhadap cinta.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini