:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, January 16, 2012

Disebalik Cemburu Lelaki.




KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga. Naik meluat nak baca paper sejak kebelakangan nih. Kengkadang ada juga kebenaran yang cemburu perempuan hanya hati dan airmata menjadi sandaran tapi cemburu lelaki maut padahnya. Jangan lah nak tunjuk jagoan pada golongan yang lemah. Sia2 bina rumahtangga berpuluh tahun tapi mati kerana cemburu.

Apa masalah lelaki ni..gagah di luar tapi jiwa hancur. Kata cemburu tanda sayang. Tapi akibatnya nyawa isteri melayang. Suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi berkata: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi” – ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Berdasarkan peristiwa tersebut, Allah dan Rasul menegaskan lelaki, suami dan ayah perlu bersikap mempertahankan kepada ahli keluarga dari melakukan perkara keji dan mungkar terutama zina.Kalau diamati hadis tuh, lelaki kena cemburu supaya tidak dikatakan 'Dayyuz' bukannya cemburu untuk membunuh.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Tapi kalau setakat dengar bisikan halus atau melihat isteri berbual ditelefon boleh cemburu, itu semua godaan syaitan atau memang sakit jiwa yang kronik. Hampeh.. Cemburu biarlah bertempat... 

Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayyuz dan perlu mengelak dari berlakukannya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering berlaku,

1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.

2. Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.

3. Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.

4. Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.


Cemburu dan iri hati boleh dirawat. Ia secara langsung menyatakan bahawa cemburu dan iri hati adalah satu bentuk penyakit. Jika penyakit, pasti ada penawarnya. Namun, cemburu dan iri hati bukan penyakit fizikal tetapi penyakit psikologikal.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini