:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, October 16, 2011

Erti Perkahwinan

Artikel ini dikongsi oleh



Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadi suami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta Diukir dari intan permata (Wah , suamiku seorang jutawan)
Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa Dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema Mencari yang benar mempelai tersasar Kalaulah bahagia itu pada harta Kalaulah bahagia itu pada nama Kalaulah bahagia itu pada rupa Kalaulah bahagia itu pada kuasa Kenapa Charles dan Diana berpisah Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata dalam hati Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI Bertakhta di kerajaan diri Bahagia itu pada JIWA Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila gagal tidak resah Oh, suamiku, inalillah... .
Hakikatnya bahagia itu ketenangan Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah permaisuri hati... ..' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah... . - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s. a. w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ... . iman Jalannya ... . syariat Natijahnya... .. akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan... .. Soleh dan solehah.
Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah... wassalam
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini