:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, October 14, 2011

Fikirkan Sejenak...



Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada mahasiswanya, "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?" Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.
"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".
"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya".
"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".
Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan membawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada dipikul hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali.
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

PS : Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan jauh di sudut hati anda.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini