:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 19, 2012

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Artikel ini dikongsi oleh






Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup
Begitulah juga…..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
Selagi dia masih mengingati kamu


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu
Menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga…..


Jika kamu sedang memiliki seseorang TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu
Akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana Kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja




Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri
Dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga……


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU , MENGASIHIMU , dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
Dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi


Janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita MILIKI
Kita akan BAHAGIABAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini