:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 20, 2012

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta Dan Hati

Artikel ini dikongsi oleh




Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi,mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini,kitapasti akan terjebak dalam"couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?
Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qadabermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azaliqada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakalaqada' mubraadalahperkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki da nbeberapa perkara lagi. 

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Lihatlah, anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaandancinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakahkita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan sepertikita? Mengimpikan syurga tetapikitahanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah UntukMenyihatkan IMAN!

Jangan terlalufikirkancinta
Cintadanperasaan satu keperluan. Tetapikitamesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, danlakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhicintadankasih sayang, tapi banyakcintadan kasih sayang yang menyimpang dari islam keranakitatidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-samakitamencaricintadan RedhaNya.
Lihatlahcintayang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU.


-Artikel iluvislam.com
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini