:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 13, 2012

Orang Yang Mencintai Kamu




Orang yang mencintai kamu dengan sebenar-benar cinta adalah ALLAH, Rasul dan kedua ibu bapanya.

orang yang mencintai kamu akan menjaga adab dan tutur katanya di depan kamu, ibu bapamu dan orang lain.

orang yang mencintai kamu adalah orang yang menjaga aibmu dan tidak mengherdikmu di depan orang ramai.

orang yang mencintai kamu mengajak kamu berbicara tentang kebesaran ALLAH taala.

orang yang mencintai kamu tidak mudah melafazkan cintanya kerana dalam hatinya ALLAH sahaja yang tahu betapa dalamnya cintanya terhadap kamu.

orang yang mencintai kamu tidak akan menyentuhmu dengan sewenang-wenangnya sehingga kamu halal baginya, setelah bernikah

orang yang mencintai kamu adalah orang yang selalu menegurmu kerana kesalahanmu yang perlu diperbaiki.

orang yang mencintai kamu adalah orang yang meredhai dan mendoakan kebahagiaanmu di saat kamu sedang berbahagia dengan orang lain yang lebih layak untuk mencintai kamu.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini