:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 13, 2012

Siapa Yang Menggunakan Perkataan "Salam"? Apakah Maksud Disebaliknya?



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).


baik gunakan..ASSALAMULAIKUM @ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH..

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh". Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan "Assalamualaikum" dan jawab salam "Waalaikumusasalam warahmatullahiwabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

"WAALAIKUMUSSALAM" dan bukannya "WAALAIKUMSALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain hendaklah kita berkata "kirim salam, assalamulaikum pada Siti Aishah ye" - contohnya dan bukannya "kirim salam kat Siti Aishah ye" dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "ko tolong kirim salam maut kat dia ye"

Penyataan ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan. Selain itu janganlah kita menggantikan ucapan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesamalah kita memberitau member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms atau pun emel. Perkataan A K U M adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT".

Jadi mulai sekarang, jika ada orang hantar shortform "A'kum" kita ingatkan dia guna "As Salam".

Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adalah jarum suntik kristian yang bermaksud "Di bawah naungan pope", jangan guna "a'kum" kerana "a'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "semekom" kerana "semekom" bermaksud "celaka kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalamulaikum".

Sekian, semoga ada manfaatnya.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini