:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, October 18, 2011

Siapa yang Pekak?

Artikel ini dikongsi oleh

Ajoi pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat kamu macam nie..Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu
berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Ajoi pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Ayang, kita makan ape malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, Ajoi berdiri ditepi isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"DA 4 KALI AKU KATE, KARI KAMBING!!!!"


kih..kih..kih..
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini