:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 5, 2012

Tanpa Sahabat Hidup Sunyi Sepi



Sahabat antara insan yang paling dekat di hati kite. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, kita mampu berkongsi ape saja.Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih  atau gembira.Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan KEJUJURAN, jangan sesekali wujud sebuah PENIPUAN. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagian bukan hanya membawa beban. Namun, biar siapa pun sahabat itu, terimalah mereka seadanya. Percayalah, tanpa sahabat hidup bakal sunyi. Andai ada yang salah, tegurlah dengan penuh berhemah,bukan dengan cara meninggalkannya

Sahabat bukan bebanan ~ Mungkin kite pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Kita mula berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan buat kita, tetapilah itulah ruang yang paling berharga untuk kita lebih mengenai sahabat kita

Doa ~ kalau benar dia seorang sahabat yg menyusahkan dan terlalu banyak membawa beban, janganlah kita mengumpat dan mengejinya dibelakang. Tetapi ikhlaskan hati berdoa pada Allah moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdoa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan kite kelak


Ukhwah ~ Biarpun sahabat seringkali membawa beban, ingatlah jangan sesekali memutuskan persahabatan dengannya Ini kerana ukhwah itu terjadi dengan kehendak Allah.

Kita pun sama saja ~ Tak perlu kita anggap sahabat itu memberi beban. Kita pun ape kurangnya, ada masa terlupa karenah kita juga memberi beban buat sahabat. secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan

Soal Kembali ~ Sekiranya seorang sahabat pernah menyusahkankita, cuba imbas kembali Tidak pernahkah sekali pun kite menyusahkan dirinya.

Fikir-fikirkanlah 
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini