:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, October 9, 2011

: YA ALLAH, LINDUNGILAH AKU DAN KELUARGAKU DARIPADA MELAKUKAN DOSA :



Abdullah bin Abi Aufa r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. keluar bertemu kami pada suatu hari. Baginda duduk lalu bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya, kemudian tunaikan solat dua rakaat, seterusnya memuji Allah, berselawat keatas Nabi s.a.w. dan mengucapkan ‘Tiada tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah, Yang Maha Bijaksana, lagi maha Mulia, maha suci Allah, Tuhan Arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang menguruskan) semesta alam. Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu, kepastian keampunan-Mu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan daripada segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara byang Kau redhai melainkan Kau tunaikan, wahai yang sebaik-baik penyayang.” (Riwayat al-Tarmizi)
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini