Ramai lelaki yang mengaku kononnya mereka bersifat macho. Sebenarnya tidak. Hakikatnya lelaki pada umumnya punya gaya feminin, sama seperti wanita. Dalam isi hati dan perasaan lelaki terdapat ciri-ciri kewanitaan. Tidak percaya? Semak contoh-contoh berikut ini:
1) Memang kebanyakan lelaki tidak suka teman wanita atau isteri mereka begitu ghairah melihat barang-barang seperti baju, kasut dan aksesori menarik di depan mata. Jangan tak percaya, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada "hilang kawalan" ketika melihat barang-barang kesukaan mereka walaupun kedua tangan mereka penuh dengan beg plastik ketika membeli-belah.
2) Pada umumnya lelaki tidak suka menonton filem-filem dan drama-drama romantis, apalagi yang menonton filem atau drama yang berakhir dengan kesedihan. Wah, jangan harap wanita dapat mengajak mereka menonton filem seperti itu. Mungkin kaum lelaki beranggapan bahawa filem-filem seperti itu tidak ada nilai kepada mereka. Padahal ada beberapa hal yang dilakukan mereka yang mungkin tanpa sepengetahuan wanita yang bercirikan kewanitaan; seperti misalnya menonton tv ataupun VCD sentimental yang boleh dikira tidak bernilai kepada mereka. Sebahagian besar mereka mengatakan bahawa pada masa sedang bercinta, menonton filem yang agak sentimental dan romantis pasti akan menyeksa hati dan perasaan mereka. Padahal nyata mereka suka. Bagi kaum wanita pula, cuba lihat perilaku adik lelaki anda yang usianya tidak jauh beza dengan teman lelaki anda, perhatikan perilaku dan kesukaannya. Pasti mereka menikmati wajah-wajah cantik yang muncul di layar tv. Selain itu, mereka juga terbukti suka mengikuti alur cerita filem ataupun drama yang mereka minati. Buktikan saja sendiri!
3) Selain hobi menonton filem sentimental dan melankolik, lelaki juga suka membaca majalah mahupun tabloid wanita. Wlaua mereka selalu mengeluh ketika berpasangan atau isterinya membeli majalah wanita kononnya boros, tidak bermutu, buang duit tetapi jika diperhatikan pasti majalah-majalah yang dianggap jelek itu akhirnya menjadi bahan bacaan yang menjadi kesukaan mereka terutama pada halaman yang berkisar tentang konsultasi seksologi, cerita mahupun artikel-artikel tentang seks, percintaan dan ramalan bintang. Hal ini kerana dalam artikel-artikel itu mereka dapat menemui cara-cara untuk menyenangkan pasangan mereka ataupun mempelajari cara bagaimana menambat hati kekasih atau isteri mereka.
4) Lelaki juga terbukti suka lagu-lagu cinta, melankolis dan berirama sendu. Hanya mereka takkan mengdengarkan lagu-lagu itu di depan pasangan mereka agar dianggap macho dan gaha. Itulah yang membuatkan mereka terpaksa mendengarkan koleksi lagu-lagu sendu atau jiwang secara diam-diam agar tidak diketahui oleh pasangan mereka.
5) Tahukah anda bahawa kaum lelaki juga memakai kosmetik. Tidak percaya? Memang produk kosmetik mahupun perawatan untuk lelaki nampaknya hanya dibatasi oleh krim cukur, deodoran dan aftershave, tidak lebih daripada itu. Umumnya mereka hanya membeli produk-produk itu. Tetapi sebenranya kosmetik yang mereka gunakan lebih dari itu. Mereka masih menggunakan susu pembersih mahupun losyen anti jerawat. Akan tetapi untuk lebih mudah, kita biasa melihat para selebriti lelaki yang wajahnya selalu disapu kosmetik dalam setiap acara dan kegiatan. Apalagi losyen badan mahupun krim penghalang cahaya matahari. Mereka sangat suka memakainya. Alasannya supaya kulit tangan mereka tetap halus dan terlindung dari panahan terik matahari.