:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, November 28, 2011

Berbaik-baiklah dengan mertua




Sebutkan gambaran umum tentang mertua. Dalam satu detik keluar puluhan deskripsi mengenainya. Kuat berleter, suka mengarah, dominan, suka mencampuri urusan rumah tangga. Pendek kata tiada satupun yang bersifat positif! Betulkah begitu? Tiada satukah sikap mertua yang elok dipandang atau mungkinkah tuduhan ini dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan menantu? 
Mitos tentang hubungan antara menantu dan mertua tidak pernah surut sejak dulu. Hingga ada yang meletakkan gabungan antara kedua-dua ini sebagai seteru. Tidak kurang pula anak gadis semacam trauma untuk berumahtangga semata-mata risau mendapat bakal mertua perengus dan penyibuk. 
Petua kali ini memberi anda pendedahan tentang hubungan menantu dan mertua secara terperinci. Selain sibuk merancang dan membuat persediaan majlis perkahwinan, soal persediaan mental dan fizikal sewaktu berdepan dengan mertua juga jangan diabaikan. 


Perhalusi Petua Rumahtangga yang kami berikan ini. Mana tahu, dengan ?kaca mata? baru, mungkin lebih jernih mata anda tatkala memandang mertua. Panduan ini juga sesuai buat anda yang sudah berumahtangga dan bermasalah dengan mertua. 
Jadilah anaknya! 
Dibandingkan hubungan ibu mertua dengan menantu lelaki atau ayah mertua dengan menantu perempuan, hubungan ibu mertua dengan menantu perempuan dilihat lebih genting dan sering memeningkan. Dalam situasi si ibu, mereka merasakan anak lelakinya dirampas dan kasih sayang akan berkurangan. Dari sudut pengertian menantu, ibu mertua dikata tidak menerima dengan ikhlas dan mengongkong kehidupan dia dan suami. Dua kubu ini sedang bersaing merebutkan lelaki yang sama! 
Mengubah sikap orang lain mungkin mustahil tetapi lebih baik jika anda mengubah diri sendiri dahulu. Caranya: Fahami perasaan dan masalah dari kaca mata mertua. 


Tempatkan diri anda sebagai anaknya. Bermakna, ikut rentak seperti mana biasa dilakukan anak-anaknya. 


Pandai mengambil hati dan bersedia melakukan tanpa dipinta. 


Lebih elok bertanya bakal suami tentang sikap ibunya terutama dari segi ?suka dan tidak suka?. 


Mengambil alih tugas di dalam rumah jika sama sebumbung dengan mertua. 


Soal kewangan juga jangan terlalu berkira. 


Ikhlas dan sentiasa menghargainya. Libatkan suami 
Dalam menghadapi mertua, jangan lupakan penglibatan suami. Apapun situasinya dia adalah anak kepada si ibu. Tetapi jangan sampai mengeluarkan sesuatu yang boleh menyebabkan suami merasa harga dirinya jatuh. Perkataan negatif memang menyakitkan apalagi jika anda memburukkan ibunya.
Cara terbaik: Bantu suami bersikap natural dan membuat batasan antara hubungan anak dan ibu. Tetapi jangan keterlaluan hingga anda mengongkong hubungan mereka. 


Berkomunikasi dengannya tentang peranan anda dalam hubungan ibu dan anak. Contoh, tidak salah jika anda juga turut diminta memberikan pandangan bagi sebarang kesulitan dalam keluarga. 


Jika si ibu dilihat membezakan anda dengan wanita pilihannya, beritahu suami supaya ingatkan ibunya bahawa dia sudahpun mempunyai anda sebagai isteri. 


Anda mungkin bermasalah jika ibu dan anak itu bersikap neurotik iaitu suami lebihkan ibu berbanding anda atau membiarkan ibu berperanan besar dalam rumah tangga anda. Jika ini berlaku, berterus terang dan nyatakan keinginan anda secara jujur. Biasanya ia berlaku kepada mertua yang tidak lagi mempunyai suami. 


Apapun situasi anda, lakukan secara diplomasi bukan dengan emosi. Perbincangan tiga penjuru perlu diadakan dan lakukan dalam suasana aman. Jalinkan hubungan awal 
Sebelum menjadi sebahagian daripada ahli keluarga suami, persiapkan diri dengan menjalinkan hubungan lebih awal. Perhatian begini bakal membantu hubungan antara anda dan ibu mertua lebih sempurna kelak. Ambil resmi ini: bercinta dahulu dengan ibunya sebelum anda mencintai seseorang lelaki! Tetapi awas, jangan pula sampai terlebih berperanan hingga dikata ?lebih sudu dari kuah? atau ?hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?. 
Lakukan ini: Risik sikap bakal mertua dari pasangan. 


Ambil hati dengan menjenguk atau bertelefon untuk bertanya khabar. 


Bersikap pemurah dan ringan tulang. 


Menyertai hobi atau kegemarannya. 


Menghidangkan sesuatu yang benar-benar disukainya. 


Mengirimkan buah tangan terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulangtahun perkahwinan atau Hari Ibu. Jangan lakukan: Langsung tidak mempeduli hal keluarga pasangan sebelum berumah tangga. 


Bermuka-muka atau kaki gosip. 


Pemalas dan tidak beradab. 


Kedekut dan kaki ungkit.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini