:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, November 9, 2011

BIAR PAPA ASAL BERGAYA

Artikel ini dikongsi oleh



"BIAR PAPA ASAL BERGAYA"! Wah! Hebat sekali perumpamaan tu. Pasti ada yang tersengih bila ia terkena batang hidung sendiri. Mungkin kamu agaknya? hehe..
1. Kata orang, walaupun kurang cantik namun gaya dan personaliti membuatkan seseorang itu jadi perhatian. Nah! Itulah yang kamu mahu bukan? Malah jika berwajah cantik tapi kurang bergaya, penampilan mereka juga kurang terserlah.

2. Sebagai remaja, memang kamu ingin kelihatan bergaya seperti teman-teman berpakaian ikut trend semasa dan nampak 'kelas' serta cukup bargaya. Berjenama lagi! Siapa yang tak mahukan?

3. Kadang kala kamu masih tetap bergaya walaupun bukan memakai barangan yang berjenama dan mahal. Misalnya..kosmetik. Bila usia menginjak remaja, golongan gadis mulai ingin pasang badan untuk kelihatan cantik termasuklah mengenakan mekap. Haa..jika teman-teman kamu membeli barangan jenama terkenal seperti Christian Dior, apa salahnya kamu memakai barangan Avon atau Maybelline saja? Harganya lebih murah tapi kualiti tetap sama kan?

**TIPS**

1. Menabung untuk membeli baju atau apa saja yang kamu idamkan secara sedikit sedikit.
2. Beli ketika 'sales'.
3. Jangan terlalu pentingkan jenama, asal selesa, berkualiti dan cantik.
4. Tidak semestinya barang yang mahal itu bagus.
5. Sekiranya ada 2 barangan yang sama cantik cuma berlainan jenama pilih yang kurang jenama dan lebih murah.
6. Pilih kualiti bukan jenama.
7. Beli di kedai jual barangan terpakai seperti 'bundle shop' atau 'reject shop'.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini