:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, November 17, 2011

Bila kita berjauhan darinya........




ada seseorang pernah memberitahu, kita takkan tahu betapa kita menyayangi seseorang sehinggalah kita berjauhan darinya. tapi ketika itu segala-galanya sudah terlambat. pada mulanya aku pun tak berapa faham dgn makna ayat2 tu, tapi biasale, kalau manusia masih tak dikena , dia takkan merasa. berjauhan, maknanya berpisah, rasa kehilangan. pernah tak korang rasa sunyi tanpa seseorang yg sebenarnya begitu istimewa pada diri korang? segala-galanya sudah terlambat. maknanya dah tak guna lagi kita meluahkan perasaan kita pada orang itu kalau dia dah tak di depan mata kita lagi. bila kita berjauhan darinya, barulah kita perasan yang sebenarnya dia dah membawa sebahagian dari diri kita bersamanya. atau kalau kita yang meninggalkan, sebenarnya masih ada sesuatu dalam diri kita yang tertinggal padanya... 


kita akan rasa kekosongan yang teramat sangat, seolah-olah kita takkan memerlukan orang lain selain darinya. mungkin benar, kita memang tak perlukan sesiapa tapi hanya dirinya... tapi, walau secinta sayang mana pun kita pada dia,kita tetap kena terima hakikat yang dia bukan milik kita lagi dan takkan jadi milik kita... ... ... . sedih? alangkah baiknya kalau kita tak pernah mengenali dirinya, dan kita pun berfikir begitu. tapi kita terlalu ego utk mengakui, menemui dan mengenalinya adalah perkara terindah yg pernah berlaku dlm hidup kita. kita cuma terlalu berat utk meluahkan rasa hati kita yg sebenarnya... .. jadi, apa pendapat korang? pernah tak korang mengalami perasaan macam ini? pernahkah korang bertanya siapakah sebenarnya yg melengkapi hidup korang? mungkin kita tak pernah terfikir dia orangnya, tapi renunglah dia, pandanglah ke dasar hati korang sendiri, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah dia orang yg benar2 membahagiakan korang? insya allah, korang takkan menyesal suatu hari nanti... ... ... ...


Artikel ini dikongsi oleh


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini