:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, November 30, 2011

Cantik Dan Kaya Anugerah Tuhan.

 
h
assalamualaikum kawan-kawan, 
Cantik anugerah Tuhan, bunyinya mcm best je, tp bagi yg berfikir dan merenungi serta menghadapi je yg tahu mcm mana rasa cantik tu.
Dr sudut perspektif si A: A rasa serabut dgn anugerah kecantikan pd diri dia, kerana terlalu ramai yg jatuh cinta. Di situ dia menyedari bahawa anugerah Tuhan tu adalah dugaan baginya.
Dr sudut perspective si B : B rasa megah dgn kecantikannya lalu mempergunakan kecantikan nya utk mengaut kekayaan segera, cth menggoda lelaki kaya dgn perdagangkan kecantikannya tu. Ramai yg jatuh cinta dgnnya lalu dia rasa megah dan riak, bila rupa hodoh sikit sudah tidak boleh diterima, maka mulai la pakai susuk kerana ingin mengekalkan kecantikannya dulu masa muda.
____________________________________________________
Kaya juga anugerah Tuhan.
Dr sudut si A(kaya) <--nampak mcm best
A kaya kerana usahanya dlm business atau apa saja yg menyebabkannya kaya, lalu dia sedar dan insaf, kekayaannya bukan utk dibelanjakan pada hal dunia sahaja, kerana dia berfikir kenapa Tuhan bagi dia kaya, tujuan kaya sepatutnya di kongsikan dgn fakir miskin, sebab itu diwujudkan zakat harta dan fitrah. Pd zaman nabi, ada yg lupa daratan lepas nabi doakan utk dia menjadi kaya, lalu dia tak berzakat(rugilah hidupnya di dunia ini).Kekayaan bg si A utk dia merenungi, menginsafi dan mensedekahkan kepada org lain. Tp jarang ada org kaya yg ingat akan org lain, malah jadi lebih kedekut dr org miskin serta tamak haloba. Di sini, kaya juga satu ujian Tuhan. Sesiapa yg `sedar`, maka untunglah dia, tp sesiapa yg `lalai`, maka berbahagialah dia di dunia sahaja.
Dr sudut si B(miskin)<-- nampak mcm tak best
B hanya hidup sekadarnya, kerana jika dia kaya, dia tahu yg dia akan lupa diri, lupa Tuhan, maka dia memilih utk menjadi seadanya. Hidup nya kais pagi makan pagi, tapi amat bahagia, kerana dpt tenang menunaikan ibadah tanpa rasa sedikitpun risau akan hartanya di rompak, tanpa ada risau akan kena kidnap.
Kesimpulannya di sini. Tepuk dada tanya iman, samada apa akan jadi pd kita jika kaya.Adakah senang itu tenang? itupun bergantung kepada individu boleh ke dia mengawal hawa nafsunya seandainya benar2 kaya?.Ada org boleh cope, makin kaya makin merendah, makin kaya makin bersedekah. Bukan kah Tuhan uji hambanya sekadar yg ia mampu, ada yg Tuhan uji dgn kekayaan yg dimiliki, ada yg di uji dgn kecantikan diri, dan mcm2.Pokoknya bagaimana hamba itu menjalankan ujian2 itu sewajarnya itu bergantung pd diri individu itu sendiri. bukan kaya, kecantikan, menjadikan diri tenang dan senang, malah jika difikir dr sudut agama, alangkah malangnya jika tidak dpt mengawal diri dr hawa nafsu syaitan.
Mustahil bila dah kaya kita akan ingat Tuhan, buktinya tengoklah org2 kaya di zaman ini. Sudah lupa diri, tak kurang juga yg `beringat`. Cuba tengok yg cantik wajahnya, adakah dia menutup mukanya dgn purdah, sebab takut fitnah?tidak, malah diperdagangkan tubuh dan kecantikannya utk tontotan dgn alasan, kecantikan anugerah Tuhan, nak buat apa simpan?!!malang betul jika berfikir mcm ni.
Justeru kaya atau miskin, cantik atau hodoh, semua itu ujian dr Tuhan utk hambanya. Renung2kanlah..
wallaua`lam


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini