:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, February 13, 2012

Cinta Seorang Pemuda

Artikel ini dikongsi oleh



Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul, sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul... sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot... dot... dot... itu sampai bila-bila, takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.


Saya suka sangat tengok body teman wanita saya ... solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Maha Utama, dia jaaaauuh lebih cantik dan berseri menghadapNya. Saya pun tumpang dapat pahala... Syoknya!


Saya sedih sangat tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya, saya pun macam itu juga. Si dia tanya, "Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa... Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok, nanti awak sakit saya juga yang susah hati... Bla..bla..bla.." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduh... berdosanya saya!


Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama-sama dia, cinta-secintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin... .
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini