:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, November 20, 2011

Dari Lelaki Untuk Perempuan



Ciri² lelaki yang ingin mengahwini anda


1. Karier dan materialnya sudah agak mantap sehingga dia memiliki rasa kepercayaan diri yang tinggi untuk bernikah. 

2. Dia tidak mengelak apabila diajak untuk menemui orang tua anda, juga tidak berasa segan untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya. 

3. Dari diskusi yang sering anda lakukan berdua, masalah perkahwinan merupakan topik yang paling disukainya. 

4. Suka melakukan perkerjaan sebagai mana layaknya seorang suami, seperti menghantar dan menunggu anda sewaktu anda berbelanja. 

5. Tidak pernah berusaha mengajak anda untuk melakukan hubungan yang lebih intin yakni mengadakan hubungan seksual sebelum waktu. 

6. Suka bergaul dengan anak-anak kecil dan suka berkata bahawa dia ingin mempunyai seorang anak seperti anak yang dikaguminya. 





Tanda² Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah


1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediannya untuk berumahtangga. 

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda. 

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya. 

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan' 

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya. 

6. Mudah bercinta dengan wanita lain. 

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda. 

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna. 

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini