GAGAL dalam percintaan tidak bermakna gagal selama-lamanya. Namun, jauh di sudut hati, anda sering mempunyai keinginan dan harapan terlalu tinggi bahkan mengharap si dia yang baru akan melebihi bekas kekasih dalam pelbagai aspek.
Kadangkala anda tewas dengan harapan kekasih baru itu mampu menandingi kekasih lama yang pernah menghancurkan hati dan seluruh hidup untuk hidup bersama.
Apapun kekurangan diri, seharusnya terima si dia seadanya tanpa sebarang perbandingan jika di penghujungnya anda tidak mahu kekecewaan berulang.
Dalam mencipta perhubungan yang berpanjangan dengan kekasih baru, pelbagai perkara boleh dibaiki. Paling penting, perbaiki diri sendiri kerana kebanyakan hubungan yang baru dijalin gagal disebabkan kurang persefahaman, tidak memberi peluang selain kurang memupuk rasa cinta sebenar.
Lebih malang apabila anda asyik menyebut nama kekasih lama sehingga ia membosankan orang baru itu. Kecil hati, terkilan, cemburu dan pelbagai perasaan mula bersarang di hati kekasih baru dengan mengandaikan pelbagai perkara sehingga boleh mengusutkan keadaan.
Mahukah anda mengulangi kekecewaan sedangkan diri terus dipanjat usia kerana gagal mengawal perasaan sendiri?
Untuk itu, cuba teliti pelbagai sudut dalam diri anda jika tidak mahu pisang berbuah dua kali sekali gus menemui kejayaan dalam cinta kedua.

- Kekasih atau pasangan kini tidak sebaik dulu
Dia juga suka ambil ringan perasaan anda, tidak pandai mengambil hati dan banyak lagi perkara yang buatkan anda merindui kekasih lama.
- Masih sayangkan kekasih lama
- Cinta sekarang hanya bidan terjun
Jadi, semakin lama perhubungan semakin rapat dan lama-kelamaan, lelaki itu mencurahkan perasaannya kepada anda.
Tanpa berlengah, lalu anda menerimanya tanpa berfikir panjang kerana memikirkan si dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.
Justeru, cinta kini bagaikan bidan terjun, namun hakikatnya, anda masih tidak dapat melupakan perasaan terhadap kekasih pertama.
- Anda membenci lelaki
Jika anda termasuk dalam golongan ini, anda perlukan bantuan!
- Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!
Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih kini dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.