:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, November 21, 2011

Helah Bijaksana _ Interesting!


Kita jarang mendengar wanita tua teringin mengahwini lelaki muda kecuali atas permintaan lelaki tersebut. Namun kita tidak merasa hairan jika wujud lelaki tua ingin berkahwin dengan wanita muda. Terdapat satu kisah menarik tentang seorang lelaki tua yang sudah memutih janggutnya. Suatu hari dia terserempak dan tertarik dengan seorang wanita muda yang sungguh jelita. 
"Wahai saudari, apakah masih belum disunting? Jika belum, saya ingin menyuntingmu. Jika sudah bersuami, semoga Allah memberkati rumah tanggamu." 
"Saya belum bersuami", jawab wanita tersebut. 
"Belum bersuami? tanya lelaki tersebut penuh kegirangan. 
"Ya, tetapi rambut saya sudah banyak putihnya. Mungkin tuan tidak suka keadaan saya". Fahamlah lelaki tua itu bahawa wanita yang di sangka muda itu rupanya sudah tua. 
"Kalau begitu, saya batalkan niat saya." Lelaki tua itu pun pergi meninggalkan tempat itu. 
"Wahai hamba Allah, tunggu sekejap! Sebenarnya umur saya belum sampai 20 tahun dan tiada satu uban pun dikepala saya. Saya hanya ingin memberitahu bahawa saya tidak suka pada janggut tuan yg memutih sebagaimana tuan tidak menyukai jika rambut saya memutih."

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini