:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, November 22, 2011

*** Menjaga Nama Baik ***




"Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.Berpisah dengannya bererti beristirehat.Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih,meskipun memerlukan daya usaha yang keras." 


"Tak semua orang yang engkau cintai,mencintaimu,dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya,maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat." 


"Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji. 


"Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik." (Hukamak) 


Wallahu A'lam..

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini