:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, February 27, 2012

Pantun Selamat Pagi




Setelah lama dibuai mimpi yang begitu mengasyikkan. Alhamdulillah, kita diberikan peluang oleh Allah Ta'ala untuk merasai kembali nikmatNYA yang sudah sekian lama  dinikmati kita bersama iaitu kembali bernafas.

Jasad kita diumpamakan seperti mati dek kakunya dan nyenyaknya ketika tidur, tapi persoalannya kenapa ada juga di kalangan kita yang  tergolek jatuh dari katil? So, fikirlah sendiri macamana ia boleh terjadi, semua kan pernah jatuh dari katil. 

Banyakkan berdoa kepadaNYA agar kita dibekalkan lagi umur di dunia, gunakan masa yang berbaki sebaik mungkin, ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu kepadaNYA. Jom sama-sama muhasabah diri untuk menjana syakhsiah yang produktif.

Bersempena dengan pagi yang cukup tenang ini,  terimalah pantun 4 keratn ini sebagai pembuka semangat buat diri semua. Semoga terhibur 



Lafaz bismillah pembuka bicara,
pada pagi yang berbahagia ini,
izinkan daku, melafazkan kata,
buat sahabat, yang  disayangi,

buah cempedak, diluar pagar
ditanam tepi, pokok kerini
kuatkan semangat, selalu bersabar,
agar kuat, di hari ini.

bangun pagi, gosok gigi,
gosok gigi dengan kayu sugi,
amalkan sifat, budi pekerti,
agar tidak selalu rugi.

penuhkan diri, dengan persediaan,
untuk menggalas, amanah di beri,
ibadah kepadaNYA, jangan ditinggalkan,
semoga kita, akan diberkati.

minta ampun, dari Ilahi,
ingatlah kita, hamba abdi,
tambahkan pahala, dengan mengingati,
janganlah kita lupa akan diri.

hari ini, hari sabtu,
hari untuk, tenangkan fikiran,
berfikir jangan, selalu buntu,
kuatkan semangat, untuk buktikan,

budu datang, dari negeri kelantan,
di makan bersama, ulam ulaman,
ikhlaskan hati, doa diperbanyakkan,
mulalah pagi ini, dengan senyuman..



Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini