:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, February 24, 2012

Tafsiran Motivasi

Artikel ini dikongsi oleh



Motivasi adalah satu perkara yang ramai orang salah tafsir. 
Secara umumnya kebanyakan orang akan fikirkan motivasi sebagai perkara berkaitan emosi macam "aku tak ada motivasi ler nak bangun dari katil.." Pada mereka motivasi hanya satu bentuk perasaan. 


Ada pula yang apabila sebut motivasi akan membayangkan wajah pakar motivasi yang berupaya menanamkan semangat tinggi dan memberi pengaruh emosi untuk beberapa hari. Pada mereka merupakan satu semangat. Sebenarnya, apabila anda sebut motivasi, anda perlu merujuk kepada perkataan asalnya iaitu "motif". Mempunyai motivasi bermaksud menjumpai motiff. Dan motif memberi maksud "sebab untuk bertindak". Ianya lebih berbentuk logik akal berbanding rasa di hati. 


Oleh itu, mungkin juga masalah kita dengan motivasi ini bukannya kita kerana tidak merasa hendak lakukan aa tang patut dilakukan tetapi kita tidak ada sebab kukuh untuk melakukannya. Ada satu cerita mengenai seorang ayah yang gemuk dengan badan seberat 120kg. Beliau berkeadaan demikian sejak lama dulu. Beliau tak pernah jumpa sebab kukuh untuk turunkan berat badan... sehinggalah apabila anak perempuannya menderita penyakit buah pinggang dan memerlukan penderma. Ayahnya sajalah yang betul-betul sesuai sebagai penderma. 


Doktor beri tempoh sembilan bulan untuk turunkan berat badan sebelum beliau dibenarkan membuat pendedahan. Nak tahu apa kesudahannya? Beliau itu berjaya turunkan 65kg daripada berat badannya. Dan selama ini beliau memang tahu bagaimana untuk melalukannya (makan dengan betul dan senaman) tapi selama itu jugalah beliau tidak pernah ada sebab yang sebenar-benar kukuh untuk melakukannya. 
Maka bagaimana dengan anda pula? Kurang motivasi? Mungkin ini masanya untuk anda berhenti menunggu waktu sesuai bagi mendapatkan "angin" dan keadaan emosi yang dirasakan sesuai. 


Sebaliknya duduk dan kaji secara serius kehidupan anda dan kuatkan sebenar sebab dan tujuan anda sekarang juga. 
Jadikan matlamat anda untuk mencari sebenar-benar sebab yang kukuh untuk kehidupan yang lebih baik dan memberi ketenangan di kemudian hari. 


Sumber: www.dqresources.cm/product 
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini