:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, December 2, 2011

ADAKAH ANDA SEORANG PELAJAR

Adab-adab ketika pergi belajar:
  1. Sentiasa memulai dengan doa
  2. Meminta izin daripada ibubapa, bersalam dan mencium tangannya.
  3. Memberi salam kepada sesiapa saja yang dijumpa (untuk yang Islam sahaja).
Adab dalam kelas:
  1. Memberi salam kepada guru.
  2. Tumpukan kepada pelajaran yang diajar
  3. Angkat tangan sekiranya ingin bertanya sesuatu.
  4. Tidak berhujah dengan guru.
  5. Berbaik sangka terhadap guru.
  6. Tidak mengumpat dan menghina guru sentiasa mendoakan kebaikan guru.
Adab dengan rakan-rakan:
  1. Mengutamakan rakan dalam keperluan seharian.
  2. Sentiasa berbincang dengan mereka mengenai pelajaran.
  3. Saling nasihat menasihati antara satu sama lain.
  4. Membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa mendoakan untuk mereka.
Adab semasa pengajian:
  1. Membetulkan niat belajar semata-mata kerana Allah bukannya inginkan kemegahan atau kepentingan duniawi.
  2. Fardhu ain diutamakan terlebih dahulu.
  3. Elakkan bertanya semasa guru sedang mengajar supaya tidak menghilangkan idea dan konsentrasi guru.
  4. Mematuhi dan mentaati guru selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  5. Sekiranya guru mengajukan soalan, jawablah dengan baik dan sopan.
  6. Jangan mentertawakan kepada rakan yang salah menjawab soalan.
Adab dalam hal makan dan minum:
  1. Tidak makan atau minum secara berlebihan dan sentiasa berpuasa sunat.
  2. Pilih makan dan minuman yang menyihatkan jasmani dan rohani, yang halal dan tidak syubhat.
  • Jagalah adab-adab makan mengikut sunnnah Rasulullah s.a.w.
  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
    1. Adab Beriadhah dan bermain:
      1. Beriadhah dengan sesuatu yang berfaedah yang boleh menbentuk jiwa dan menanbahkan kemahiran.
      2. Jagalah syaraiat semasa beriadhah dan bermain
      3. Jaga hubungan persahabatan semasa bermain.
      4. Tidak melalaikan perintah Allah.
      Adab terhadap amanah ilmu:
      1. Bersihkan hati daripada sifat-sifat yang tecela kerana ilmu yang dipelajari tidak akan mendapat berkat kepada orang yang dipenuhi dengan sifat mazmumah.
      2. Mengurangkan hubungan dengan kesibukan duniawi.
      3. Jangan sombong dengan ilmu yang ada.
      4. Jangan menentang guru. Kekalkan rasa hormat terhadap guru.
      5. Mula dari pelajaran yang mudah tidak berlaku salah faham sekiranya mempelajari ilmu yang tinggi.
      6. Tidak mempelajari semua ilmu secara serentak tanpa mengikut system sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
      7. Betul memahami setiap ilmu yang di pelajari dan tidak berhenti sebelum benar-benar memahaminya.
      8. Mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.


      Artikel ini dikongsi oleh
      0 Comments
      Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini