:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 19, 2011

Aku Bimbang Tidak Sesoleh Dirinya..



YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…
“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”
Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…
.
Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.
Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).
Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…
Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……
Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?
Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?
Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu)..

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama  muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.

1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?
Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.
Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.
Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?
Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?
Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.
Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu, abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.
Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.
.
2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.
Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.
.
3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.
Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?
Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?
.
4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ? Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?
Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?
.
Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.
Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.
Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).
.
  Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?
Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah.. 
.


Sumber: http://akuislam.com


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini