:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, December 2, 2011

Amalan Bertindik



Buat lelaki yang suka bertindik, ataupun wanita yang bertindik selain di telinga... ini untuk tatapan anda. Apapun, dipercayai Firaun adalah manusia pertama yang bertindik... 


Tindik hidung mula direkodkan berlaku di Timur Tengah kira kira 4,000 tahun lalu. Dalam kitab lama Ibrani, diceritakan Nabi Ibrahim pernah memberikan subang hidung kepada bakal menantunya, isteri Ishak.


Ia kemudian menjadi ikutan puak nomad Berber, kaum Beja di Afrika dan Badwi di Timur Tengah. Waktu itu, saiz subang melambangkan kekayaan seseorang.


Kemudian amalan ini merebak ke India pada abad 16 di bawa semasa Dinasti Maharaja Moghul. Subang itu biasanya dipakai pada sebelah kiri hidung. Kadangkala disambung pula ke telinga oleh seutas rantai. Di sesetengah tempat, kedua-dua belah hidung ditindik.


Di Barat, tindik hidung dimulakan oleh kumpulan hippies pada akhir tahun 1960an. Amalan ini kemudian diadaptasikan oleh pergerakan punk pada akhir 1970an sebagai simbol memberontak terhadap nilai nilai konservatif masyarakat di seluruh dunia.


Amalan bertindik lidah pula dipercayai mula dilakukan oleh masyarakat Aztec dan Maya di Amerika Tengah serta Haida, Kwakuitul dan puak Tlinglit di barat laut Amerika. Biasanya lidah akan ditebuk untuk mengeluarkan darah dalam upacara korban atau sembah kepada Tuhan. Mangsa dibiarkan pengsan agar sami mudah berhubung dengan Tuhan.


Antara manusia pertama, selain Firaun yang ditemui mempunyai kesan tindik pada telinga, adalah mumia yang berusia 5,000 tahun yang ditemui dalam glasier Austria pada 1990. Lubang di cuping telinganya sebesar 11 milimeter.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini