:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, December 1, 2011

Baca & Manfaatnya

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, dalam pada masa anda menuruni scroll browser internet anda, walaupun bukan di laman ini, anda telah melakukan proses pembacaan. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat.
Tujuan pertama saya telah pun berjaya dengan mengjak ramai pengguna internet turut sama merangsang minda dan ingatan. Tidak dilupakan tujuan dan manfaat di dunia online, hasil sebenarnya diterjemahkan ke dalam dunia offline. Kadangnya terdapat golongan yang mendekati dunia online ini sebagai salah satu punca rezeki yang membina jambatan persaudaraan, budaya dan tamadun pengetahuan.



Hakikat Pembacaan
Suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al ‘Ala yang menegaskan dalam ayat pertama sekali tentang perihal MEMBACA, kata Allah itu dimulakan dengan kata suruhan yang difahami dengan penegasan iaitu BACALAH disambung pula dengan DENGAN NAMA TUHANMU. Begitulah literasi umum yang dapat dibuat dari ayat tersebut.
Pernah seorang pengurus syarikat konsultan iaitu Encik Arifin Hassan menyatakan kepada golongan muda (yanag mendengar pesanannya ketika itu) mengatakan bahawa suruhan IQRA’ atau BACA itu dalam dunia global kini bermaksud, YAHOO SEARCH lah, GOOGLE lah dan sewaktu dengannya.
Pernah juga sahabat saya menyatakan bahawa suruhan ini bermaksud pada dirinya, ‘membaca’ keadaan sekeliling dan juga ‘membaca’ peluang yang wujud untuk dimanfaatkan pada mendatangkan kebaikan dengan cara yang paling baik.
Ingatlah juga, seseorang yang tugasnya mengkaji atau menyelidik itu dikira juga sebagai ‘pembaca’ sebabnya dia dapat membaca dan menterjemahkan budaya yang dikaji dan dapat pula dia menyampaikan apa yang dikaji kepada khalayak. Ini salah satu aspek penting dalam kita memahami falsafah membaca.
Wallahualam, apapun jua pemahaman dan pentafsirannya, perlu diingat bahawa kita mesti ‘membaca’ dengan nama Allah demi memperolehi manfaat ‘membaca’ dengan hakikat yang sebenar dan adil bagi diri kita dan orang lain.
Dengan kata lainnya, membaca itu salah satu tool atau skill yang Allah sarankan kepada manusia bagi memperolehi ilmu dan manfaat dunia serta akhirat pastinya.
Sebolehnya kita mesti membaca supaya mendapat kefahaman yang dikehendaki Allah. Maka itu akan dinamakan ‘membaca dengan nama Tuhan’. 

Fenomena & Manfaat Membaca
Sering dan pernah kita menerima dan memberi respons sebegini, “Apa faedah aku baca buku tebal-tebal ni?“.
Apa yang akan kita jawabkan? Dan apakah yang seharusnya kita fahami dahulu sebelum menjawab soalan ini? Bagi saya ia ada pada tauhid dan iman yang benar. Bahasa lainnya, adalah jatidiri hidup, tujuan hidupnya insan itu dapat menjawab dengan adil soalan mudah ini.
Seseorang individu yang benar tujuan hidupnya, pasti akan menjawab begini, “Bukan tebal atau nipis menjadi bacaan kita sahabat, tetapi berapa banyak ilmu yang boleh kita manfaat dari ilmu yang disalurkan dari tulisan buku itu.”
Pastinya sahabat atau diri kita yang respons tadi tadi akan tercengang dan terkedu pada mindanya.
Ya, pastinya. Sebab sebanyak manapun buku yang dibaca, tidak akan bermakna sekiranya ilmu yang didapati tidak diguna amalkan.
Between Theory and Practical, Click the Resonance.
Pelbagai saranan sudah dicanangkan oleh ramai individu di merata dunia bagi mempuk tabiat membaca. Media massa dan golongan pendidik juga telah selalu berusaha ke arah ini. Dan mereka menyatakan rasa bimbang kadar pembacaan di Malaysia yang majoritinya Muslim, cukup rendah berbanding penganut agama lain.
Jika dilihat pada kaum Cina dan industri buku, mereka dikatakan sinonim sebabnya, saban bulan, 20,000 buah buku baru akan masuk ke Malaysia, itupun khusus dari negara China.
Saya tidak hairan jika ini benar, yang saya hairan adalah buku yang banyak itu tidak dibaca.
Hakikatnya, lari lah ke ceruk mana sekalipun, manusia itu perlu ‘membaca’ sama ada pada situasi dirinya ataupun pada buku tulisan ilmu. Tidak boleh tidak, manusia perlukan ilmu berguna bagi dirinya yang banyaknya terdapat dalam buku, seiring dengan penyampaian maklumat yang pantas.
Selain itu, dunia buku kini sudah berkembang terutamanya di Malaysia kini terdapat teknologi buku elektronik atau ebook atau yang lebih canggih, novel dalam telefon atau mobile-book. Teknologi ini sudah popular dalam beberapa industi buku. Ianya cukup murah kini, hanya RM5, sudah boleh membaca dalam telefon mudah alih kita, dan harga RM5 itu adalah murahnya berkali murah dari harga buku bercetak di kedai.
Semua ini saya yakin selain manfaat keuntungan, adalah juga memupuk cara berfikir dan berkongsi cara mengambil manfaat dari membaca.
Saranan Membaca
Ada pelbagai tips untuk membaca dan memupuk pembacaan berterusan sepanjang hayat. Tips ini telah lama diamalkan Ar Rasul Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mengamalkan pembacaan berulang-ulang kali sehingga minda baginda telah hadam dan ingat segala yang dibaca, serta dapat pula baginda terjemahkan apa yang dibaca kepada perbuatan baginda yang bermanfaat.
Jika diteliti hikmah penurunan Al Quran secara berperingkat adalah salah satunya, memberi peluang kepada Ar Rasul dan kaum muslimin supaya memahami dan mengingati ayat Al Quran dan menyelesaikan perintah yang berpadanan dengan ayat diturunkan.
Di sini proses pemahaman dan praktik berjalan selaras dan selari tanpa mengambil mudah terhadap pembacaan dan pemahaman terhadap konteks ilmu dan pengajaran ayatnya daripada Allah.

Membaca dan Menulis
Berapa ramai daripada kita yang membawa buku tulis kecil bersama ketika berjalan keluar dari rumah dalam urusan ziarah dan membeli belah?
Akan ada antaranya menjawab dalam minda, “Tak pernah”, “Apa perlunya bawa?”, “Malas bawa!”, “Ha’ah, banyak benda boleh tulis sebenarnya semasa keluar berjalan.”
Apa kaitannya pula dengan membaca? Soalan bijak tapi lambat memahami.
Seseorang yang menulis, pasti akan melihat kembali apa yang telah ditulisnya dengan ‘usaha susah payah’.
Bayangkan kita menulis apabila kita berbual dan berbincang pendek dengan rakan di awal hari tadi, pastinya akan ada maklumat penting yang kita catatkan hasil dari bualan dan diskusi di petang hari. Antara yang mungkin kita catatkan adalah: nomnor telefon, alamatnya, program mendatang dan pelbagai. Namun ini adalah proses yang berjalan setelah seseorang itu mempunyai disiplin membaca yang kuat. Wallahualam. Keterangan ini juga dikira sebagai tips memulakan minat membaca.
Pernah dan selalu dipesan oleh pendidik saya serta sahabat bahawa membaca itu jika ingin diuji kefahamannya mestilah dengan menulis, baru akan terjelma pemikiran dan idea yang kita dapati daripada membaca buku.
Usaha ini bukan sahaja untuk para pengkaji dan golongan akademia tapi sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan mindanya berkembang dan melatih daya ingatan.
Tips dan Saranan
Di sini beberapa perancangan atau tips pembacaan: tambahan tips di sini.
  1. Tentu dan tetapkan Masa:
    • Dalam kehidupan Muslim, penjagaan dan penggunaan masa secara optimum amat dititikberatkan. Setiap lima (5) waktu solat, Muslim disarankan bersiap sedia sebelum waktu solat masuk dengan pembacaan Al Quran. Penyusunan waktu ini bergantung kepada aktiviti seharian. Ada individu boleh meluangkan 15 minit untuk membaca sebelum masuk waktu solat dan ada juga yang kurang daripada itu. Ada budaya membaca sebelum tidur contohnya ada trend membaca suratkkhabar sebelum tidur. Namun dalam Islam telah lama menggalakkan budaya ini lama dahulu sebagaimana Ar Rasul yang mengamalkan pembacaan beberapa surah daripada Al Quran. Allah dan Ar Rasul memberi isyarat yang cukup bijak bahawa aktiviti membaca itu boleh juga dibuat sebelum waktu khusus ibadat wajib. Indah sekali!
  2. Sentiasa Ada Buku Di Sisi Anda:
    • Di zaman kehidupan Ar Rasul, sentiasa disisinya terdapat tukang tulis (huffaz) wahyu dan hadis. Para sahabat cukup hebat hinggakan setiap butir dari bicara Ar Rasul dapat dihafaz dan diingat. Mereka mendapat sumber ilmu daripada sumber primer atau utama iaitu Hadis Ar Rasul. Sahabat Ar Rasul adalah antaranya yang dipanggil pintu ilmu seperti Ali bin Abi Talib. disebabkan ilmu dan ingatan yang ada padanya serta dia antara yang paling diyakini kuat imannya dan tidak akan menipu. Dia pada saya dikira sebagai ‘buku’ atau ‘perpustakaan bergerak’ di zaman mereka. Maka bersahabat lah dengan ‘buku bergerak’!  . Namun kini, sumber ilmu sudah banyak terdapat dalam bentuk tulisan yang dihias bagai dengan cukup menarik. Ada manusia suka membaca sewaktu perjalanan jauh atau masa lama ketika di atas bas dan kapal terbang serta kapal laut.
  3. Tanya & Kongsi dengan Kawan / Taulan:
    • Kadangkala, kita mendapat maklumat pembacaan buku yang menarik hasil daripada bertanya. Ini agak menarik sebenarnya. Selain dapat bertemu dan bergurau, perbincangan bersama rakan membuatkan kita lebih mudah memahami isu buku yang dibaca bersama selain bertukar tentang buku yang menarik untuk dibaca.
  4. Baca Bersama Keluarga:
    • Didapati ada sesetengah keluarga bijak mengatur dan mengadakan minggu membaca dalam rumah bersama ahli keluarga. Ini satu lagi yang menarik untuk kita meriahkan. Disamping itu, diadakan minggu bercerita dikalangan ahli keluarga. Tentu sahaja ada benda baru yang ingin dikongsi hasil minggu membaca dalam rumah. Di samping itu, amalan bercerita kepada anak sendiri atau cucu juga penting sekaligus mengeratkan hubungan.
  5. Adakan Pustaka Mini:
    • Anda yang membaca kebiasaanya akan melonggokkan atau menempatkan bacaan anda di satu sudut khas dalam bilik atau rumah anda. Mengapa tidak diuruskan sahaja pustaka mini dalam bilik atau sebahagian ruang dari rumah kita. Ini semua untuk menyediakan suasana dan perasaan suka membaca. Apa tidaknya? Kita ada ruang khas dan istimewa untuk membaca dalam rumah sendiri. Cubalah, ia tidak mahal dan membantu kita menggunakan ruang rumah sebijaknya.

Membaca dan Minda

Di sini saya hanya menyatakan ringkas bahawa kehidupan kita ini sebenarnya cukup nikmat apabila punya mata untuk melihat dan lainnya adalah untuk MEMBACA. Apa sahaja maklumat yang berguna. Namun minda kita ini perlu diberikan pembacaan yang terpilih dan berguna bagi mengembangkan pemikiran baik lagi positif di samping kreatif tentunya.
Seperti di atas, ada dialog menyatakan bahawa kita ini tidak dinilai dari banyaknya kita membaca, tapi akan dinilai dari seberapa banyak kita guna amalkan ilmu yang telah kita baca.
Di sinilah pembentukan minda yang merangsang jiwa dan semangat untuk terus membaca dan beramal kerja dalam keadaan pemikiran yang tenteram dan bijak.
Wassalam, sekian dari saya. 


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini