:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 19, 2011

Berguraulah untuk keintiman Rumahtangga




DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kata orang terlalu banyak bergurau akan melemahkan minda. Ia menumpulkan kebolehan menilai dan mempersepsi kita. Namun psikologinya, bergurau mendatangkan banyak faedah. Ia merapatkan silaturrahim, mengintimkan pasangan suami isteri bahkan menghidupkan rumah tangga yang suram lagi muram.

Bayangkan anda mendatangi sebuah rumah, semua ahli keluarganya diam membatu.Tiada sepatah kata berupa gurau senda untuk tertawa bersama. Semuanya serius. Sekembalinya anda dari rumah semacam itu apakah anda berasa lebihberharga atau telah kehilangan sesuatu dalam hidup anda? Sudah tentu anda berasa hidup anda tidak terpenuh sebaiknya. Anda merasakan seperti tidak dihargai. Kunjungan anda seolah-olah tidak pernah diharapkan.

Berbeza dengan anda mendatangi sebuah rumah lain, seluruh ahli keluarganya sibuk melayan anda dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli keluarga berkomunikasi dengan ramah. Adik beradik usik mengusik, bergurau senda dan kemudian tertawa bersama. Kadang-kadang mereka mengusik anda dan anda turut berjenaka dengan mereka. Suasana gamat dengan gelak ketawa.

Sekembalinya anda dari rumah semacam itu, bukankah anda berasa lega, ceria dan gembira?

Adalah lebih baik sesebuah rumah tangga itu gamat dengan usik mengusiksesama ahli keluarga berbanding dengan masing-masing menyepikan diri, berkurung di dalam bilik dan kurang berkomunikasi.


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini