skip to main |
skip to sidebar
Jika anda memandu di belakang kereta besar
seperti ini anda akan lebih berhati-hati. Jika dibelakang anda kereta mewah,
anda berasa geli dan cepat-cepat ketepi untuk memberi laluan kepadanya. Jika
dilebuh raya, anda akan kelam kabut apabila kereta mewah dibelakang anda
menyalakan lampu sedangkan anda masih terkial-kial memotong kereta di sebelah
kiri sebelum dapat ketepi. Ataupun kereta itu dipandu laju seolah-olah akan
menghentam kereta anda dari belakang.
Sedaya mungkin anda akan cuba
memberi laluan kepada kereta-kereta besar lagi mewah ini, "Patutlah, sebab
kereta tu mahal sepuluh kali ganda daripada kereta aku ni. Dia tentu orang
penting dan nak cepat. Kalau 'bercium' dan aku yang salah, tak terbayar
nanti".
Kerana itu anda selalu mengalah. Dan tatkala anda mengalah
mungkin anda menyangka alangkah nikmatnya memandu kereta seperti itu. Tidak
takut dengan speed trap, kerana sentiasa mampu membayar saman; boleh sentiasa
melalui lorong laju dan semua kereta akan ketepi; boleh bermain lampu
seolah-olah memarahi pemandu lain dan pemandu lain merasakan 'patut'
dimarahi.
Apabila kita memandu kereta besar, kita merasakan lain macam
terutama apabila semua kenderaan ke tepi bila kita berada di belakang, padahal
kita bukan hendak laju atau hendak memotong, sekadar suka mengekor bontot
orang..
Apabila kita memasuki mana-mana premis yang dikawal oleh
pengawal keselamatan, penghormatan mereka jauh lebih tinggi berbanding jika kiat
memandu kereta yg lebih kecil. Begitu juga bila kita cuba parking di hadapan
hotel, kerata besar dan mewah biasanya tidak akan menghadapi apa-apa masalah,
tapi kereta kecil......., padahal pemandunya orang yang sama, cuma bertukar
kenderaan saja..
Aneh sungguh, penghormatan manusia boleh berubah hanya berpandukan
kenderaan apa yang dipandunya. Sesungguhnya tidak adil sama sekali kerana
sesetengah orang memang keretanya besar tapi hutangnya juga besar, sedangkan ada
orang yang keretanya biasa saja tapi tak pernah tak cukup duit dan tak pernah
berhutang. Situasi kedua-duanya hampir sama tetapi manusia lebih mudah terpukau
oleh BESAR, CANTIK, BERGAYA....
Posted by
Mohd Faizal
at
9:49 AM