:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, December 6, 2011

Hari ini, Esok dan Kelmarin



Yang pertama hari kelmarin, kita tak mungkin boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. kita tak akan boleh menarik kembali perkataan yang telah diucapkan. kita tak mungkin lagi menhapus kesalahan dan mengulagi kegembiraan yang telah kita nikmati kelmarin. biarkan hari kelmarin pergi, lepaskan sahaja... 


yang kedua, hari esok. hingga mentari esok hari terbit. kita tidak tahu apapun yang akan terjadi. kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. kita tak mungkin sedih ataupun ceria pada esok hari. esok hari belum tiba, biarkan saja... 


yang tersisa kini hanyalah hari ini. pintu masa lalu telah tertutup, pintu masa depan pun belum terbuka. pusatkan saja diri kita untuk hari ini. kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. hiduplah hari ini. kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. hiduplah apa adanya. kerana yang ada hanyalah hari ini, hari yang abadi.


perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat. meski mereka berlaku buruk pada kita. cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin esok cerita sudah berganti. ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini