:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, December 15, 2011

Kalau Bukan Aku



Siapa lagi kalau bukan aku,
yang perlu belajar dari kesilapan
yang perlu berhati hati dengan pujian
yang perlu tidak mudah percaya
yang perlu menjaga hati agar tidak diracuni.


Siapa lagi kalau bukan aku
yang pernah terpedaya dengan janji manis mu
yang pernah tergoda dengan kepalsuan cinta mu
yang pernah menaruh seribu harapan pada mimpi.
yang pernah dihadiahkan bahagia yang pura pura
yang pernah kebodohan ku kau jadikan bahan ketawakan
yang pernah sengsara ku kau jadikan permainan.
Siapa lagi kalau bukan aku yang terpaksa mengubat hati sendiri.
Sedu sedan berseorangan melangkah payah kedepan
Jatuh bangun berhempas pulas.
Di saat begini, siapa lagi yg ikhlas ambil peduli... ?

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini