:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, December 1, 2011

MENGEKANG HAWA NAFSU GANJARAN DI SYURGA




Di syurga kelak,Allah mencipta bidadari yang canitk untuk insan pilihan.Diriwayatkan Rasulullah ada bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya Allah ketika menciptakan syurga Adnin ada memanggil malaikat Jibril: ?Pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-Ku dan wali-Ku.? Maka,malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah.Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana,lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul.Tiba-tiba syurga tiu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.Maka,Jibril pun sujud kerana dia mengira bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.

Melihat keadaan itu,bidadari pun berkata ? Wahai Jibril,malaikat kepercayaan Allah,angkatlah kepalamu.? Maka Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman,sambil berkata : ? Maha Suci Allah yang menciptakan engkau wahai bidadari.? Kata bidadari : ? Hai!Jibril,tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan ? Jibril pun bertanya balik : ?Untuk siapa engkau diciptakan?? Bidadari pun menjawab : ? Sesungguhnya,aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah,mengatasi hawa nafsunya.?

Sementara itu,ahli sufi dan pujangga Islam terkenal,Taufik al-Hakim membayangkan bagaimana seorang Muslim menghabiskan hari pertama di syurga kelak. Beliau berfikir orang miskin akan memakan dengan rakus dan lahap hingga memeranjatkan malaikat yang melayani mereka.Malaikat mungkin menasihatkan merekaagar makan dengan tertib tetapi nasihat itu tidak dipedulikannya. Si miskin itu terus mengisi perut dengan segala makanan yang lazat dan enak,seolah-olah hidangan itu akan habis.Dia khuatir makanan dan buah-buahan yang lazat tidak dapat dinikmati sepanjang masa seperti yang berlaku di dunia.

Malaikat : Jangan makan terlalu banyak.Awak tidak harus bimbang kerana makanan sentiasa ada dan cukup di sini (syurga). Si miskin : Bagaimana suatu hari nanti buah-buahan akan habis dan saya lapar.Apa yang akan terjadi kepada diri saya nanti. Malaikat : Jangan takut,di sini tidak akan ada kelaparan buat selama-lamanya. Si miskin : Siapa jamin.Di dunia orang kata begitu.Ada pemimpim memberi jaminan,kami tidak akan kelaparan di bawah dasar pemerintahannya.Pada peringkat pertama,kami dapati negara lapar kerana rakyat,tetapi pada peringkat kedua rakyat pula yang lapar. Malaikat : Di syurga tiada istilah kelaparan dan kebuluran. Si miskin : Itu kita boleh lihat kemudian. ( Dia terus makan ).

Selepas itu,malaikat membisikkan ke telinga rakannya : Perasaan takut mati kebuluran rupa-rupanya masih belum hilang daripada ingatan mereka sedangkan dia sudah berada di syurga.?



Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini