:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Saturday, December 24, 2011

Perkahwinan Itu Untuk Apa?



Berkahwin merupakan salah satu daripada sunnah Nabi S.A.W, manakala sunah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sayangnya ramai orang lebih banyak membina dosa daripada membina pahala dalam rumahtangganya. Sepatutnya rumah tempat kita membina bahagia, sebaliknya situlah kita membina derita.

Hairannya, mengapa orang berbuat begitu padahal perkahwinan itu sendiri sebahagian daripada sunah Nabi. Apalah gunannya berkahwin kalau itu menjadi tiket untuk keneraka, sedangkan Allah telah menjanjikan begitu banyak kebaikan yang boleh dijadikan penebus diri menuju ke syurga.

Apa yang mendorong mereka berkahwin pada mulanya? Apakah semata-mata kerana nafsu, cantik, kacak, harta, ikut adat atau suka-suka? Malangnya mereka yang menjadikan itu semua sebagai matlamat perkahwinan mereka. Sebab perkahwinan tidak hanya bermaksud ke situ. Kesemuanya itu hanya alat untuk merealitikan perkahwinan tetapi matlamatnya perlu menuju kepada keredhaan Allah.

Perkahwinan sedang dirumitkan, oleh suasana, keadaan dan adat-adat resam orang kita. Untuk melangkah ke alam perkahwinan sahaja pun seribu satu macam kerumitan yang terpaksa ditempuh, setelah berkahwin, kerumitan lain akan menjelma. Hari demi hari yang dilalui sentiasa mengundang masalah-masalah baru. Maklumlah perkahwinan memang banyak rencah-rencah dan asam garamnya. Beruntunglag mereka yang dapat sampai ke penghujung tanpa rasa kesal.

Untuk semua yang terasa tidak bahagia, ingin disarankan supaya anda semua menoleh sejenak melihat jejak-jejak yang pernah anda lalui dan tinggalkan. Di situ anda akan nampak betapa ruginya anda telah mensia-siakan hidup dengan masalah remeh temeh. Berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan, berbanding tertawa yang dapat anda lampiaskan.

Dalam kehidupan, kita perlu banyak ketawa daripada bersedih. Jika kekasih lama yang menjadi sebab, anggap dia bukan jodoh kita dan pasangan sedia ada adalah lebih baik daripada dirinya. Jika harta yang menjadi alasan, lupakanlah soal dapat atau tidak, yang penting gembleng dan ubah strategi. iringi dengan doa dan tawakkal.

Jika orang tua yang menjadi masalah, ingatlah barangkali usianya sudah tidak lama. Orang tua memang begitu, nanti anda juga akan seperti mereka apabila tiba masanya, atau lebih teruk lagi. Apa salah memberi dia sedikit kepuasan mengikut caranya.


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini