:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, December 2, 2011

Perkahwinan Tanpa Cinta




Adakalanya sebuah pernikahan terjadi tanpa berlandaskan oleh cinta. Mereka berpendapat bahawa cinta itu akan muncul selepas pernikahan. Islam memandang bahawa faktor tarikan merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Islam melarang seorang wali menikahkan seorang gadis tanpa persetujuannya dan menghalangnya untuk memilih lelaki yang disukainya seperti yang terkandung dalam Al’Quran dan Al’Hadith.


Firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala, yang ertinya: “Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”. (QS. Al Baqarah: 232)


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu, bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam, lalu ia memberitahukan bahawa ayahnya telah menikahkannya padahal ia tidak suka, lalu Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam memberikan hak kepadanya untuk memilih”. (HR Abu Daud)


Kerana yang menjalani sebuah pernikahan adalah kedua pasangan itu bukanlah wali mereka.


Selain itu seorang yang hendak bernikah hendaklah melihat dahulu calon pasangannya seperti terkandung dalam hadith: “Apabila salah seorang dari kamu meminang seorang wanita maka tidaklah dosa atasnya untuk melihatnya, jika melihatnya itu untuk meminang, meskipun wanita itu tidak melihatnya”. (HR. Imam Ahmad)


Memang benar dalam beberapa perkara, pasangan yang menikah tanpa cinta boleh mempertahankan pernikahannya. Tetapi apakah perkara ini selalu terjadi, bagaimana pula yang terjadi adalah sebuah neraka pernikahan, kedua pasangan saling membenci dan saling mencaci maki satu sama lain.


Sebuah pernikahan dalam islam diharapkan dapat memayungi pasangan itu untuk menikmati kehidupan yang penuh cinta dan kasih sayang dengan mengikat diri dalam sebuah perjanjian suci yang diberikan Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Kerana itulah rasa cinta dan kasih sayang ini sudah sepatutnya merupakan hal yang harus diperhatikan sebelum kedua pasangan mengikat diri dalam pernikahan. Kerana inilah salah satu kunci kebahagian yang hakiki dalam menghadapi masalah rumahtangga nanti.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini