:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, December 8, 2011

Siapakah Ibunya?



Dalam perjalanan pulang dari kampung, Abu singgah di sebuah warung dipinggir sebuah pekan kecil. Sesudah memesan makanan, muncul seorang budak berusia kira-kira 12 tahun.
“Abang nak beli kuih?” kata budak itu sambil tersenyum simpul. Tangannya segera meyelak daun pisang yang dijadikan penutup bakul rotan untuk kuih yang dijualnya.
“Tak apalah dik, abang dah pesan makanan tadi” jawab Abu ringkas. Budak itu pun pergi meninggalkannya lalu manghampiri sepasang suami isteri yang duduk di hadapan Abu. Mereka juga menolak untuk membeli. Tak lama selepas itu, budak itu datang semula kepada Abu.
“Abang dah habis makan, tak nak beli kuih saya ka? Katanya selamba. “Abang baru je lepas makan ni dik, kenyang lagi ni.” Balas Abu sambil menepuk2 perutnya yang kekenyangan. Lalu budak itu pun beredar. Dia pergi berdiri di kaki lima dan meletakkan bakulnya. Setiap orang lalu distu akan ditanya “ Tak nak beli kuih saya, bang.. pak cik.. kakak.. mak cik..?”
“Sopan santun budak ni. Anak sapa la ek.” Abu berkata dalam hati. Tuan punya warung itu pun tak menghalang dia keluar masuk ke warungnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum di hati Abu melihat betapa gigih dan tekunnya budak itu berusaha. Tak nampak sedikitpun rasa putus asa walaupun orang enggan membeli kuihnya.
Selepa membayar harga makanan dan minuman Abu terus menuju ke kereta. Budak itu rupanya mengekori Abu dan bertanya lagi “Abang dah kenyang tapi mungkin abang mungkin perlukan kuih saya ni untuk adik-adik abang, mak dan ayah abang,” katanya lagi sambil tersenyum.  Abu meghulurkan sekeping not merah RM10. “Ambil ni dik, abang sedekah kat adik.. tak payah beli tu,” katanya.
Budak itu mengambilnya dan mengucapkan terima kasih pada Abu dan berjalan kembali ke kaki lima warung. Abu gembira dapat membantunya. Sedang Abu hendak mengundurkan keretanya dia terperanjat melihat budak itu menghulurkan RM10 pemberiannya tadi kepada seorang buta kedua-dua matanya. Abu memberhentikan kereta dan memanggil budak itu.
“Kenapa, bang? Abang nak beli kuih ka?
“Kenapa adik bagi duit yang bagi kepada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!”
“Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia tau saya mengemis. Mak pesan, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau mak tau saya bawa duit sebanyak tu balik, sedangkan jualan masih banyak , mesti mak marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak bermaya. Saya masih kuat bang.”
Abu sebak,sekaligus kagum. Terus dia bertanya harga semua kuih dalam bakul tu. “Abang nak beli semua ka? RM25 ringgit ja bang!” Abu menghulurkan RM25 kepadanya dan budak itu mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Sepanjang memandu pulang selepas itu, Abu asyik berfikir tentang budak tadi. Ketika dia menghulurkan sedekah RM10 kepada budak itu, Abu memberinya atas dasar kasihan. Tetapi sewaktu membeli kuih yang dijual oleh budak itu, abu berbuat demikian atas dorongan rasa kagum. Budak sekecil itu sudah tahu menjadikan kerjayanya satu penghormatan Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkan dan mendidik budak itu?....


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini