:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 27, 2012

Cinta Biarlah Jujur


Jika niat Anda bercinta semata-mata untuk merasa bahagia kemudian dari rasa bahagia tu Anda niatkan untuk beroleh suntikan motivasi untuk bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sedang menarik cinta yang membahagiakan. Sebaliknya, jika Anda bercinta semata-mata mahu melengkapkan keperluan biologi juga didorong oleh nafsu, cinta tak bertahan lama. Mungkin akan berakhir dengan sengsara!.
Dua sebab mengapa ramai orang berkahwin memilih untuk berpisah adalah kerana sudah tidak ada persefahaman, tidak ada kejujuran. Anehnya, orang yang banyak duit pun ramai jugak yang bercerai-berai simply sebab sudah tidak percaya dengan kejujuran pasangan.
Duit bukan persoalan. Cinta adalah komitmen dua hati. Selagi dua hati tu saling jujur antara satu sama lain, perkara-perkara berkaitan akan mengikut secara automatik dengan sendirinya. Ini termasuk sikap toleransi, sikap pemaaf dan sikap bertimbang rasa.
Kita sebagai manusia berisiko untuk cepat berubah, sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah keburukan (tanpa kita sedari). Untuk mengelakkan sikap anda berubah menjadi sikap negatif, minta pasangan Anda mengkriti perubahan negatif Anda kemudian anda pula kena latih diri untuk menerima setiap kritikan yang Anda terima.
Ubah diri, bina peribadi.





0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini