:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 26, 2012

Kawal Emosi Bila Bercinta



Bolehkah seorang lelaki bujang memberi nasihat kepada orang yang sudah berumahtangga?
Boleh.
Bolehkan seorang lelaki bujang, masih single dan tak punya kekasih memberi nasihat kepada pasangan bercinta tiap kali pasangan itu mengadukan masalah mereka?
Jawapannya boleh. Adakah orang yang macam ni?
Ada. Sayalahhhh (ikut stail Dr Tuah Iskandar sikit)
Anda percaya atau tidak, itulah yang terjadi. Saya memberi nasihat pada orang berumahtangga dan yang masih dalam perhubungan cinta. Niat saya cuma nak membantu, mendengar luahan, memberi pendapat, mengutarakan saranan.
Andai kata pertolongan saya di ukur dari segi material, berapa sangatlah yang saya dapat sebab setiap nasihat, saranan dan pendapat tu saya berikan percuma – sejak 3 tahun yang lalu. Tak dikenakan caj professional sedikitpun.
Kita bukan nak kejar material, kita mahu gembirakan hati seseorang.
Kita sekadar membantu berdasarkan ilham dari Allah Yang Maha Esa, dipandu oleh ilmu di dada.
Nasihat dari saya lebih kepada bentuk nasihat seorang kawan kepada kawannya. Anda adalah kawan saya, walau siapapun Anda, walau berapapun angka umur Anda, profession Anda, jawatan dan pangkat Anda dalam hierarki keluarga.
Sebagai kawan, maka kenalah kita bantu membantu antara satu sama lain, terutamanya memberi sokongan emosi sebab bila emosi berkecamuk, fikiran jadi haru biru. Dalam bercinta (sebelum kahwin atau selepas kahwin), emosi perlu dijaga supaya perhubungan tu bahagia hendaknya.
Perjalanan mencari bahagia lebih kurang sama dengan pemburuan mencari tahap berjaya.
Banyak liku menanti, banyak masalah tersembunyi menunggu untuk ditemui.


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini